Saiz organisasi berperanan sebagai moderator antara amalan piawaian halal dan prestasi organisasi

Nurul Hudani Md. Nawi and Puteri Hayati Megat Ahmad and Habibie Ibrahim and Baharudin Othman (2021) Saiz organisasi berperanan sebagai moderator antara amalan piawaian halal dan prestasi organisasi. UMRAN - International Journal of Islamic and Civilizational Studies, 8. pp. 29-49. ISSN 2289-8204

[img] Text
Saiz organisasi berperanan sebagai moderator antara amalan piawaian halal dan prestasi organisasi_ABSTRACT.pdf

Download (62kB)
[img] Text
Saiz organisasi berperanan sebagai moderator antara amalan piawaian halal dan prestasi organisasi.pdf
Restricted to Registered users only

Download (350kB) | Request a copy

Abstract

Kajian ini ini bertujuan untuk melihat samada saiz organisasi berperanan sebagai moderator hubungan di antara amalan piawaian halal dengan prestasi organisasi. Kajian ini juga dijalankan bagi melihat perbezaan prestasi organisasi bagi kategori multinasional dan perusahaan kecil sederhana dalam kalangan pengusaha makanan halal di Malaysia. Sebanyak 241 organisasi melalui Jawatankuasa Halal Dalaman bagi kategori multinasional (n=69) dan perusahaan kecil sederhana (n=172) di Malaysia terlibat sebagai responden secara kaedah tinjauan keratan rentas dengan menggunakan alat kajian terpilih. Kebolehpercayaan dan dan kesahan soal selidik telah dilakukan dan nilai alpha cronbach adalah dalam lingkungan yang diterima umum (0.87 hingga 0.94). Data dianalisis dengan menggunakan perisian IBM Statistical Package For Social Science (SPSS) versi 21.0 Dapatan kajian telah menunjukkan bahawa i) saiz organisasi berperanan sebagai moderator antara hubungan amalan piawaian halal bagi dimensi operasi halal dan prestasi organisasi; ii) wujudnya perbezaan yang signifikan prestasi organisasi bagi kategori multinasional dan perusahaan kecil sederhana. Kajian mendapati bahawa prestasi organisasi dipengaruhi oleh satu rantaian yang berhubung kait antara satu sama lain bermula daripada input, kemudiannya diterjemahkan dalam bentuk proses dan akhirnya menghasilkan pencapaian yang turut disokong oleh kawalan dalaman organisasi. Sesungguhnya aspek amalan piawaian halal perlu diberi perhatian oleh semua pihak dalam menjadikan Malaysia sebagai hab halal terus kekal di pesada antarabangsa. Pada masa yang sama, kajian lanjut berkaitan makanan halal juga perlu mengambilkira skop, kaedah dan responden kajian yang terlibat dalam mengembangkan ilmu pengetahuan dalam bidang ini.

Item Type: Article
Keyword: Saiz organisasi , Amalan piawaian , Prestasi organisasi
Subjects: H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor > HD28-9999 Industries. Land use. Labor > HD2321-4730.9 Industry
Department: FACULTY > Faculty of Business, Economics and Accounting
Depositing User: SAFRUDIN BIN DARUN -
Date Deposited: 11 Apr 2022 09:33
Last Modified: 11 Apr 2022 09:33
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/32257

Actions (login required)

View Item View Item