Tan, Chew Lin (2005) Penghasilan roti oat dengan herba Cina. School of Food Science and Nutrition. (Unpublished)
|
Text
ae0000000229.pdf Download (8MB) | Preview |
Abstract
Penyelidikan ini dijalankan sebagai satu usaha untuk membangunkan penghasilan roti oat dengan herba Cina (Lycium Chinense) berasaskan oat dan Lycium Chinense. Pengformulasian ini adalah berasaskan pengubahsuaian dari segi peratusan oat segera pada aras 5%,6%,7% dan 8% serta peratusan Lycium Chinense pada aras 2%, 4% dan 6%. Sebanyak 12 formulasi roti telah dihasilkan dan 3 formulasi roti yang terbaik dipilih berdasarkan min skor melalui 3 sesi ujian pemeringkatan. Sebanyak 40 orang ahli panel yang terdiri daripada pelajar Sekolah Sains Makanan dan Pemakanan terlibat dalam penilaian sensori bagi setiap sesi. Oaripada ujian skala hedonik, didapati formulasi 5 dengan kandungan tepung berprotein tinggi pada 41.0%, oat 6.0%, Lycium Chinense 4.0%, yis 0.4%, garam 0.8%, gula 3.2%, lelemak 1.8%, susu tepung 0.7% dan air 42.1 % telah dipilih sebagai formulasi terbaik dengan nilai min skor yang tertinggi untuk atribut warna (5.22 ± 1.20), rasa (5.72 ± 0.71), aroma (5.22 ± 0.91), after taste (5.52 ± 0.87) dan penerimaan keseluruhan (5.87 ± 0.75). Hasil analisis proksimat menunjukkan sam pel mempunyai mengandungi kandungan air sebanyak 42.08 ± 1.12%, abu 2.36 ± 0.58%, lemak 2.56 ± 0.45%, 8.86 ± 0.11 % protein, 1.12 ± 0.22%serabut kasar, 43.02% karbohidrat dan nilai tenaga sebanyak 230.56 kcal/100g. Hasil analisis mikrobiologi pula menunjukkan bahawa produk roti oat dengan herba Cina (Lycium Chinense) mempunyai jangka hayat simpanan selama 4 hari.
Item Type: | Academic Exercise |
---|---|
Keyword: | Bread, Oat, Herbs |
Subjects: | T Technology > TP Chemical technology > TP1-1185 Chemical technology > Food processing and manufacture |
Department: | SCHOOL > School of Food Science and Nutrition |
Depositing User: | ADMIN ADMIN |
Date Deposited: | 04 Aug 2011 14:53 |
Last Modified: | 20 Oct 2017 14:12 |
URI: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/3226 |
Actions (login required)
View Item |