Sharifah Nor Hanim Sayed Hassan (2005) Penghasilan serunding udang geragau. School of Food Science and Nutrition. (Unpublished)
|
Text
ae0000000228.pdf Download (7MB) | Preview |
Abstract
Kajian bagi penghasilan serunding udang geragau ini adalah bertujuan untuk membangunkan produk baru daripada udang geragau. Pengformulasian dan pemprosesan produk ini adalah berdasarkan penghasilan serunding oleh FAMA. Penghasilan serunding udang geragau ini melibatkan empat peringkat iaitu penyediaan bahan mentah, penyediaan dan pemekatan sos, proses pengeringan peringkat pertama dan proses pengeringan peringkat kedua. Pengubahsuaian formulasi dilakukan terhadap peratusan kandungan udang geragau, cili kering, serbuk kari, dan santan. Keputusan yang diperolehi daripada penilaian sensori melalui ujian pemeringkatan menunjukkan bahawa formulasi yang berkod F4, F11, F16, dan F22 merupakan formulasi yang terbaik daripada setiap kumpulan manakala keputusan ujian sensori skala hedonik menunjukkan sampel berkod F16 dengan peratusan udang sebanyak 35%, eili dan santan sebanyak 4% dan serbuk kari sebanyak 1 % dipilih sebagai formulasi yang terbaik bagi serunding udang geragau ini. Ini adalah disebabkan formulasi tersebut mempunyai nilai skor min yang tertinggi untuk atribut warna (6.67 ± 0.48). rasa udang geragau (6.00 ± 0.83), kepedasan (6.67 ± 0.48), tekstur (5.83 ± 0.91), dan rasa keseluruhan (6.50 ± 0.78). Sementara itu, keputusan ujian analisis proksimat menunjukkan bahawa produk akhir ini mengandungi 8.32% ± 0.53 kandungan air, 10.88% ± 0.30 abu, 32.46% ± 2.24 protein, 28.43% ± 0.74 lemak, 9.29% ± 0.59 serabut kasar, dan 10.62% ± 2.42 karbohidrat. Bagi ujian mikrobiologi pula. didapati produk akhir adalah bebas daripada pertumbuhan mikroorganisma iaitu kulat dan yis. Secara keseluruhannya, produk ini dapat diterima oleh ahli panel.
Item Type: | Academic Exercise |
---|---|
Keyword: | Floss, Shrimp, Food |
Subjects: | T Technology > TP Chemical technology > TP1-1185 Chemical technology > Food processing and manufacture |
Department: | SCHOOL > School of Food Science and Nutrition |
Depositing User: | ADMIN ADMIN |
Date Deposited: | 04 Aug 2011 16:04 |
Last Modified: | 20 Oct 2017 14:13 |
URI: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/3228 |
Actions (login required)
View Item |