Noraqilah Omar (2007) Kefahaman pengguna terhadap pensijilan halal pada makanan segera. School of Food Science and Nutrition. (Unpublished)
|
Text
ae0000000231.pdf Download (8MB) | Preview |
Abstract
Kajian ini dijalankan untuk mengkaji pendapat serta pengetahuan pengguna beragama Islam dan bukan Islam di sekitar bandar Kota Kinabalu mengenai pensijilan halal dalam industri makanan segera. Kajian dijalankan di beberapa tempat yang menjadi tumpuan orang awam seperti kompleks beli-belah. Seramai 200 orang responden dipilih secara rawak berusia di antara 15 hingga 60 tahun. Survei ini menggunakan borang kaji selidik yang mengandungi 5 bahagian. Data dianalisis dengan menggunakan Statistical Package for Social Science (SPSS) versi 13.0. Hasil kajian menunjukkan tahap pemahaman responden bukan Islam mengenai konsep makanan halal adalah tinggi iaitu 60.9% tetapi hanya 22.4% responden beragama Islam tahu konsep makanan halal. Tahap pendidikan menunjukkan hubungan yang signifikan dengan fahaman dan konsep makanan halal. Semakin tinggi tahap pendidikan responden, semakin tinggi fahaman dan konsep responden terhadap makanan halal. T erda pat hubungan yang signifikan antara umur dengan pemilihan premis makanan. Faktor makanan kegemaran (40.4%), tanda halal dipamerkan (22.7%), dan bersih (17.7%) merupakan faktor-faktor utama pemilihan restoran makanan segera. Manakala logo halal (61.7%), bahan-bahan yang digunakan (17.9%), kandungan nutrien yang baik (8.2%) pula kriteria-kriteria yang diutamakan semasa membeli produk makanan. 55.2% responden berpendapat pensijilan halal dapat membantu dalam pemilihan makanan dan perancangan pembelian makanan kerana pengguna tidak lagi ragu tentang kandungan produk makanan tersebut. 47.8% responden menyatakan tujuan pensijilan halal kepada pengguna adalah supaya pengguna dapat mengetahui kandungan sesuatu produk makanan adalah suci dan bersih, dan 56.2% responden menyatakan bahawa pensijilan halal dikuatkuasakan untuk memastikan sumber bahan mentah dan bahan-bahan yang digunakan adalah mengikut hukum syarak. Secara keseluruhan, responden berpendapat bahawa pensijilan halal adalah penting dalam industri makanan segera dan membawa kebaikan kepada negara dengan adanya sijil halal dapat menyakinkan pengguna Islam makanan tersebut bukan sekadar tidak mengandungi bahan yang dilarang agama malah meyakinkan pengguna bukan Islam tentang kualiti serta kebersihan makanan tersebut.
Item Type: | Academic Exercise |
---|---|
Keyword: | Fast Food, Halal |
Subjects: | T Technology > TX Home economics > TX1-1110 Home economics > TX642-840 Cooking |
Department: | SCHOOL > School of Food Science and Nutrition |
Depositing User: | ADMIN ADMIN |
Date Deposited: | 04 Aug 2011 15:37 |
Last Modified: | 20 Oct 2017 14:14 |
URI: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/3230 |
Actions (login required)
View Item |