Faktor keberkesanan penyampaian maklumat secara atas talian dalam proses pembelajaran pada era pandemik covid-19

Mohd Nur Azeem Said and Harifah Mohd Noor (2021) Faktor keberkesanan penyampaian maklumat secara atas talian dalam proses pembelajaran pada era pandemik covid-19.

[img] Text
Faktor keberkesanan penyampaian maklumat secara atas talian dalam proses pembelajaran pada era pandemik covid-19.ABSTRACT.pdf

Download (61kB)
[img] Text
FAKTOR KEBERKESANAN PENYAMPAIAN MAKLUMAT SECARA ATAS TALIAN DALAM PROSES PEMBELAJARAN PADA ERA PANDEMIK COVID-19.pdf
Restricted to Registered users only

Download (443kB) | Request a copy

Abstract

Pada era pandemik Covid-19 keberkesanan dalam penyampaian maklumat secara atas talian adalah signifikan dalam meneruskan aktiviti harian disamping berhadapan dengan norma baharu seperti perintah kawalan pergerakkan. Penyampaian maklumat secara atas talian merupakan suatu pergerakkan maklumat secara maya yang dilakukan daripada pengirim kepada penerima. .Keberkesanan penyampaian maklumat adalah penting dari pelbagai aspek terutamanya dalam aspek pendidikan pelajar sekolah yang tidak dapat meneruskan proses pembelajaran secara sedia kala. Namun, keberkesanan membawa kepada pelbagai makna dan erti mengikut konteks yang digunapakai oleh pengkaji-pengkaji lepas berdasarkan pergerakkan di dalam sesuatu ruangan. Walaubagaimanapun, terdapat pelbagai aspek yang mempengaruhi keberkesanan penyampaian maklumat secara atas talian. Oleh itu, objektif kajian ini adalah untuk melihat faktor keberkesanan penyampaian maklumat secara atas talian dalam proses pembelajaran pada era pandemik Covid-19. Makalah ini menggunakan sumber sekunder untuk menerangkan keberkesanan penyampaian maklumat secara atas talian. Sumber sekunder yang digunapakai adalah artikel, jurnal, buku, tesis dan laporan. Analisis kandungan dilakukan dalam kajian ini bagi merungkaikan faktor keberkesanan dalam penyampaian maklumat secara atas talian. Hasil mendapati keberkesanan pergerakkan maklumat secara atas talian dipengaruhi oleh angkubah-angkubah penting iaitu dari aspek ICT, aspek kemudahan, dan aspek penerimaan dan seterusnya mempengaruhi proses pembelajaran pelajar dalam pendidikan. Kesimpulannya, melalui kajian ini ilmu pengetahuan dapat diimplikasikan dan dari sudut praktikal pula dapat membantu pihak bertanggungjawab seperti Kementerian Pendidikan Malaysia dalam mewujudkan proses pembelajaran yang kondusif serta efektif secara atas talian.

Item Type: Proceedings
Keyword: Keberkesanan , Pergerakkan maklumat , Pendidikan pelajar sekolah , Proses pembelajaran
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education > LB5-3640 Theory and practice of education
T Technology > T Technology (General) > T1-995 Technology (General)
Department: FACULTY > Faculty of Humanities, Arts and Heritage
Depositing User: DG MASNIAH AHMAD -
Date Deposited: 19 Apr 2022 14:02
Last Modified: 19 Apr 2022 14:02
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/32336

Actions (login required)

View Item View Item