Melayunisasi leksis peripheral Indo-Euro di alam Malaynesia

Mohd Nor Azan Abdullah (2021) Melayunisasi leksis peripheral Indo-Euro di alam Malaynesia.

[img] Text
Melayunisasi leksis peripheral Indo-Euro di alam Malaynesia.ABSTRACT.pdf

Download (59kB)
[img] Text
MELAYUNISASI LEKSIS PERIPHERAL INDO-EURO DI ALAM MALAYNESIA.pdf
Restricted to Registered users only

Download (365kB) | Request a copy

Abstract

Artikel ini mengkaji melayunisasi leksis peripheral Indo-Euro di alam Malaynesia. Leksis peripheral Indo mendasarkan leksis Sanskrit dan Parsi manakala Euro merujuk leksis Latin mahu pun Germanik dalam rumpun bahasa Indo-Eropah. Bahasa Melayu merupakan bahasa pertuturan utama di kepulauan Malaynesia. Kepulauan Malaynesia merupakan kepulauan Nusantara. Penulis menyenaraikan beberapa leksis Indo-Euro dan menganalisis perubahan fonem leksis peripheral tersebut apabila ianya diserap sebagai leksis Melayu dengan bunyi sebutan Melayu. Pelenyapan fonem asal leksis Indo-Euro, membentuk struktur elemen morfologi baru dalam struktur leksis Melayu Malaynesia. Fleksibelnya bahasa Melayu Malaynesia membolehkannya menutralis leksis dengan beberapa perubahan fonologi sambil mengekalkan maksud asal leksis tersebut mengikut acuan sebutan Malaynesia. Objektif kajian adalah mengenalpasti leksis Indo-Euro yang terdapat dalam kosa kata bahasa Melayu dan menyenaraikan leksis tersebut. Seterusnya menganalisis dan mengenalpasti perubahan fonem leksis tersebut serta menyenaraikannya dalam acuan fonemik Melayu. Penulis menggunakan kaedah kajian perpustakaan iaitu dengan merujuk dan mengkaji buku teks, artikel dan merujuk pelbagai bahan bertulis di laman sesewang berkaitan. Analisis bersifat diakronik dan sinkronik yang merujuk sejarah asal leksis serta perubahan fonem leksis serapan melalui analisis fonemik leksis.

Item Type: Proceedings
Keyword: Indo-Euro , Leksis , Melayunisasi , Malaynesia , Peripheral
Subjects: P Language and Literature > P Philology. Linguistics > P1-1091 Philology. Linguistics > P101-410 Language. Linguistic theory. Comparative grammar
Department: CENTRE > Centre for the Promotion of Knowledge and Language Learning
Depositing User: DG MASNIAH AHMAD -
Date Deposited: 22 Apr 2022 14:53
Last Modified: 22 Apr 2022 14:53
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/32369

Actions (login required)

View Item View Item