Linah Bagu @ Siti Nurlina Abdullah and Bilcher Bala and Jane Wong Kon Ling and Sitiamah Haji Sahat (2021) Perkembangan bahasa Kadazandusun di sekolah menengah (2005 – 2011).
Text
Perkembangan bahasa Kadazandusun di sekolah menengah (2005 – 2011).ABSTRACT.pdf Download (63kB) |
|
Text
PERKEMBANGAN BAHASA KADAZANDUSUN DI SEKOLAH MENENGAH (2005.pdf Restricted to Registered users only Download (351kB) | Request a copy |
Abstract
Pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran Bahasa Kadazandusun(BKD) secara formal di sekolah bermula setelah permohonan yang telah dikemukakan pada tahun 1994 diluluskan oleh Parlimen. Satu memorandum perisytiharan persetujuan ketetapan keseragaman BKD telah ditandatangani oleh dua pertubuhan utama masyarakat Kadazan Dusun iaitu Kadazan Dusun Cultural Association (KDCA) dan United Sabah Dusun Association (USDA) pada 25 Januari 1995. Mata pelajaran BKD telah dimulakan pengajarannya di sekolah rendah pada 17 Februari 1997 dan dilaksanakan sepenuhnya di tahun 4 pada tahun 2003. Pelaksanaan pengajaran BKD di sekolah menengah pula bermula pada tahun 2006 secara percubaan di tingkatan 1 dan dilaksanakan sepenuhnya di peringkat menengah rendah pada tahun 2007. Peperiksaan PMR BKD yang pertama adalah pada tahun 2009 manakala peperiksaan SPM pertama adalah pada tahun 2011. Objektif kajian ini adalah untuk menelusuri kronologi pelaksanaan dan perkembangan pendidikan BKD di sekolah menengah. Juga menjelaskan bahan sokongan pengajaran dan pembelajaran yang digunakan serta mengenal pasti cabaran yang dihadapi. Kajian ini dilakukan dengan pendekatan kualitatif sejarah berasaskan penyelidikan dokumen di arkib, Jabatan Pendidikan Negeri Sabah (JPNS) serta kaedah temu bual. Kajian mendapati beberapa bahan sokongan yang digunakan dan cabaran yang dihadapi dalam pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran BKD di sekolah menengah. Kajian ini sangat penting kepada sejarah pendidikan BKD dari segi warisan bahasa dan budaya tempatan yang telah diiktiraf dalam kurikulum pendidikan kebangsaan.
Item Type: | Proceedings |
---|---|
Keyword: | Bahasa Kadazandusun , BKD , KDCA , USDA , PMR , SPM |
Subjects: | L Education > LB Theory and practice of education > LB5-3640 Theory and practice of education > LB1603-1696.6 Secondary education. High schools P Language and Literature > PL Languages and literatures of Eastern Asia, Africa, Oceania > PL1-8844 Languages of Eastern Asia, Africa, Oceania > PL5001-7511 Languages of Oceania > PL5001-7101 Austronesian, Papuan, and Australian languages > PL5051-5497 Malayan (Indonesian) languages |
Department: | FACULTY > Faculty of Social Sciences and Humanities |
Depositing User: | DG MASNIAH AHMAD - |
Date Deposited: | 22 Apr 2022 15:12 |
Last Modified: | 22 Apr 2022 15:12 |
URI: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/32407 |
Actions (login required)
View Item |