Cadangan pemerkasaan kemudahan jeti awam Pulau Gaya sebagai destinasi pelancongan pulau dalam bandar: Satu penemuan

Nor-Ina Kanyo and Ahmad Tarmizi Abdul Rahman and Jabil Mapjabil and Rosazman Hussin and Teuku Afrizal Teuku Anuar and Norhuda Salleh and Rosdiana Betare (2021) Cadangan pemerkasaan kemudahan jeti awam Pulau Gaya sebagai destinasi pelancongan pulau dalam bandar: Satu penemuan.

[img] Text
Cadangan pemerkasaan kemudahan jeti awam Pulau Gaya sebagai destinasi pelancongan pulau dalam bandar, Satu penemuan.ABSTRACT.pdf

Download (62kB)
[img] Text
Cadangan pemerkasaan kemudahan jeti awam Pulau Gaya sebagai destinasi pelancongan pulau dalam bandar, Satu penemuan.pdf
Restricted to Registered users only

Download (283kB) | Request a copy

Abstract

Aspek kemudahan dan keselamatan suatu pusat pelancongan adalah salah satu daya tarikan utama pusat pelancongan. Dalam penelitian pemerkasaan Pulau Gaya sebagai destinasi pelancongan Pulau dalam bandar, penyediaan kemudahan sebagai fasiliti sokongan di jeti awam adalah penting untuk kegunaan pengguna jeti samada penduduk Pulau Gaya yang merupakan pengguna utama jeti awam atau pelancong yang ingin melancong ke Pulau Gaya. Tambahan lagi, jeti awam Pulau Gaya merupakan jeti yang menjadi laluan utama dan salah satunya alternatif untuk penduduk Pulau Gaya berulang alik ke tanah besar Kota Kinabalu. Dengan adanya keselesaan dan kelengkapan kemudahan di jeti awam Pulau Gaya sudah tentunya “mood” pelancong untuk memulakan aktiviti pelancongan dapat berjalan dengan lancar. Tujuan utama penulisan artikel ini adalah untuk menilai cadangan kemudahan jeti awam Pulau Gaya bagi pemerkasaan Pulau Gaya sebagai destinasi pelancongan pulau dalam bandar. Kerelevanan pemerkasaan Pulau Gaya sebagai destinasi pelancongan Pulau dalam bandar kerana kedudukan pulau Gaya berada di destinasi transit sebelum mengembara ke pulau-pulau lain yang berdekatan dan sangat hampir dengan bandaraya Kota Kinabalu. Pengedaran borang soal selidik telah dijalankan dan mendapati bahawa hasil analisis frequensi dan Jadual Silang/ Crosstabulation (SPSS) menunjukkan bahawa semua responden yang terdiri daripada enam kampung di Pulau Gaya bersetuju terhadap cadangan untuk menaiktaraf kemudahan Jeti Awam, Pulau Gaya bagi meningkatkan kepuasan, di samping memperkasa Pulau Gaya sebagai destinasi pelancongan pada masa akan datang. Terdapat 18 cadangan kemudahan dan keselamatan bagi meningkatkan fasiliti di Jeti Awam Pulau Gaya bagi pemerkasaan Pulau Gaya sebagai destinasi pelancongan pulau dalam bandar. Dengan adanya penyediaan kemudahan yang baik, selesa dan mematuhi ciri keselamatan, pastinya dapat membantu masyarakat meningkatkan kesejahteraan hidup dari aspek sosial dan sebagainya.

Item Type: Proceedings
Keyword: Cadangan , Pemerkasaan , Kemudahan , Jeti awam , Pelancongan , Pulau Gaya
Subjects: G Geography. Anthropology. Recreation > G Geography (General). Atlases. Maps > G1-922 Geography (General) > G149-180 Travel. Voyages and travels (General) > G154.9-155.8 Travel and state. Tourism
H Social Sciences > HT Communities. Classes. Races > HT51-1595 Communities. Classes. Races > HT101-395 Urban groups. The city. Urban sociology
Department: INSTITUTE > Borneo Institute for Indigenous Studies
Depositing User: DG MASNIAH AHMAD -
Date Deposited: 22 Apr 2022 16:23
Last Modified: 22 Apr 2022 16:23
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/32436

Actions (login required)

View Item View Item