Jabil Mapjabil and Nor-Ina Kanyo and Mazdi Marzuki (2021) Kategori bantuan dan kekerapan agihan kepada komuniti tempatan dalam tempoh pandemik covid-19.
Text
Kategori bantuan dan kekerapan agihan kepada komuniti tempatan dalam tempoh pandemik covid-19.ABSTRACT.pdf Download (63kB) |
|
Text
KATEGORI BANTUAN DAN KEKERAPAN AGIHAN KEPADA KOMUNITI TEMPATAN DALAM TEMPOH PANDEMIK COVID-19.pdf Restricted to Registered users only Download (168kB) | Request a copy |
Abstract
Pelbagai pihak memainkan peranan penting untuk meringankan beban komuniti tempatan iaitu dengan memberikan bantuan seperti kewangan dan makanan asas. Oleh hal demikian, artikel ini menganalisis kategori sumber bantuan dan kekerapan agihan bantuan kepada komuniti tempatan dalam tempoh perintah kawalan pergerakan (PKP) semasa pandemik COVID-19 di kampung terpilih, iaitu Kunak dan Lahad Datu, Sabah. Kajian ini menggunakan pendekatan eksplorasi dan evaluatif. Kaedah yang digunakan adalah kaedah kuantitatif dengan menggunakan borang soal selidik dan pemerhatian. Kajian ini melibatkan seramai 105 orang responden. Hasil kajian menunjukkan penyumbang bantuan tertinggi yang diterima oleh responden adalah pihak kerajaan dengan nilai 82.9%, iaitu 87 orang responden. Bantuan yang paling banyak diterima oleh responden pula adalah bekalan makanan asas sebanyak 95.2%, iaitu 100 orang responden. Bagi perincian bantuan kewangan, majoriti responden tidak menerima sebarang bantuan kewangan, iaitu sebanyak 60.0% (63 orang). Seterusnya dalam bentuk perincian bantuan makanan asas dan lain-lain, bantuan yang paling banyak diterima oleh responden adalah gula iaitu sebanyak 98.1%, bersamaan dengan 103 orang responden. Akhir sekali dalam bentuk kekerapan agihan bantuan, bilangan penerimaan oleh responden yang paling kerap adalah sebanyak 2 kali iaitu 44.85% (47 orang). Sebagai rumusannya, kajian ini dapat membantu pihak berwajib untuk menilai semula keberkesanan pengurusan agihan bantuan kepada komuniti tempatan pada masa hadapan.
Item Type: | Proceedings |
---|---|
Keyword: | Sumber bantuan , Kekerapan bantuan , Komuniti Tempatan , PKP , Pandemik covid-19 |
Subjects: | H Social Sciences > HT Communities. Classes. Races > HT51-1595 Communities. Classes. Races H Social Sciences > HV Social pathology. Social and public welfare. Criminology > HV1-9960 Social pathology. Social and public welfare. Criminology |
Department: | INSTITUTE > Borneo Institute for Indigenous Studies |
Depositing User: | DG MASNIAH AHMAD - |
Date Deposited: | 25 Apr 2022 08:42 |
Last Modified: | 25 Apr 2022 08:42 |
URI: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/32452 |
Actions (login required)
View Item |