Pelancongan gunung di Malaysia: Konsep dan isu pembangunan

Jabil Mapjabil and Arnold Samih and Colonius Atang (2021) Pelancongan gunung di Malaysia: Konsep dan isu pembangunan.

[img] Text
Pelancongan gunung di Malaysia, Konsep dan isu pembangunan.ABSTRACT.pdf

Download (60kB)
[img] Text
PELANCONGAN GUNUNG DI MALAYSIA, KONSEP DAN ISU PEMBANGUNAN.pdf
Restricted to Registered users only

Download (181kB) | Request a copy

Abstract

Pelancongan merupakan salah satu industri yang besar, pantas berkembang dan menyediakan peluang pekerjaan yang banyak di serata dunia. Kini, banyak negara telah memajukan industri pelancongan sebagai sektor utama penjana pendapatan negara. Di Malaysia, industri pelancongan muncul pada akhir tahun 1960. Kerajaan Malaysia telah membangunkan industri pelancongan untuk memenuhi beberapa objektif seperti meningkatkan pendapatan dalam pertukaran mata wang asing, meningkatkan peluang pekerjaan dan pendapatan rakyat, menggalakkan pembangunan kawasan, mempelbagaikan ekonomi dan meningkatkan hasil kerajaan. Sehingga kini, sektor ini terus menjadi sumber utama tukaran mata wang asing negara. Pelancongan gunung ialah semua aktiviti pelancongan di kawasan pergunungan. Bentuk muka bumi tanah tinggi di kawasan pedalaman Malaysia menjadi faktor utama pembangunan pelancongan gunung negara. Aktiviti pelancongan gunung dapat meningkatkan status ekonomi dan sosial penduduk melalui penyediaan peluang pekerjaan dan pendapatan dalam sektor perkhidmatan, pengukuhan tradisi dan budaya pribumi serta menyediakan aktiviti rekreasi sepanjang tahun. Dalam konteks pelancongan gunung di Malaysia, isu pembangunan kawasan tanah tinggi sebagai kawasan pelancongan telah banyak dikaji. Walau bagaimanapun, istilah pelancongan gunung masih terlalu asing digunakan oleh mana-mana penyelidik tempatan. Sorotan konsep dan teoritikal ini diharap menjadi asas dan rujukan berguna untuk pengkajian lanjutan tentang pelbagai isu berkaitan pelancongan gunung di Malaysia.

Item Type: Proceedings
Keyword: Gunung , Konsep , Pelancongan , Pelancongan gunung , Teoritikal
Subjects: G Geography. Anthropology. Recreation > G Geography (General). Atlases. Maps > G1-922 Geography (General) > G149-180 Travel. Voyages and travels (General) > G154.9-155.8 Travel and state. Tourism
H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor > HD28-9999 Industries. Land use. Labor
Department: INSTITUTE > Borneo Institute for Indigenous Studies
Depositing User: DG MASNIAH AHMAD -
Date Deposited: 25 Apr 2022 09:03
Last Modified: 25 Apr 2022 09:03
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/32454

Actions (login required)

View Item View Item