Wanita dan diversifikasi ekonomi luar bandar di Sabah: Peranan dan potensi pemerkasaan

Ubong Imang and Harifah Mohd Noor and Dayang Suria Mulia (2021) Wanita dan diversifikasi ekonomi luar bandar di Sabah: Peranan dan potensi pemerkasaan.

[img] Text
Wanita dan diversifikasi ekonomi luar bandar di Sabah, Peranan dan potensi pemerkasaan.ABSTARCT.pdf

Download (60kB)
[img] Text
WANITA DAN DIVERSIFIKASI EKONOMI LUAR BANDAR DI SABAH, PERANAN DAN POTENSI PEMERKASAAN.pdf
Restricted to Registered users only

Download (93kB) | Request a copy

Abstract

Wanita merupakan aset penting negara dan penglibatan mereka dalam pembangunan sesebuah negara perlu diperkasakan secara berterusan. Kertas kerja ini bertujuan untuk meneliti peranan wanita luar bandar dalam proses diversifikasi ekonomi luar bandar. Kampung Kiau Nuluh yang terletak di daerah Kota Belud dipilih sebagai kawasan kajian. Metod pengumpulan data yang digunakan ialah temubual separa berstruktur dan kumpulan terfokus. Ketua kampung dan ahli JKKK ditemubual, dan mereka dilibatkan dalam kajian terfokus. Selain barisan kepimpinan kampung, anak muda, golongan wanita turut dilibatkan dalam kajian terfokus. Hasil kajian menunjukkan bahawa kawasan kajian yang terletak terpencil di kaki Gunung Kinabalu dengan paras ketinggian lebih dari 1000 meter dari paras laut tidak menghalang penglibatan wanitanya dalam pelbagai aktiviti ekonomi. Penglibatan mereka dalam aktiviti ekonomi merentas sektor seperti pertanian, pelancongan, industri kecil, berniaga dan perkhidmatan. Kelebihan yang ketara dimiliki wanita di kawasan kajian adalah nilai dalaman dalam diri dan persekitaran mereka. Selain itu keterbukaan mereka menerima peluang yang datang dan wujud di sekeliling mereka juga menjadi faktor penting yang mengupayakan penglibatan mereka merentas sektor ekonomi. Sungguhpun penglibatan mereka merentas sektor ekonomi namun, ia masih berlaku secara melintang. Kekuatan dalaman yang dimiliki oleh wanita di kawasan kajian membuka ruang kepada potensi pemerkasaan peranan mereka dalam proses diversifikasi ekonomi luar bandar. Peluang untuk memperkasakan diversifikasi ekonomi secara menegak perlu diambil untuk mendalamkan proses diversifikasi ekonomi di kawasan kajian. Usaha ini boleh memperkukuhkan lagi penglibatan wanita dalam sektor ekonomi di kawasan kajian dan seterusnya merangsang pertumbuhan ekonomi luar bandar di Sabah untuk ke arah pembangunan ekonomi luar bandar mampan.

Item Type: Proceedings
Keyword: Pemerkasaan , Wanita , Luar bandar , Diversifikasi ekonomi
Subjects: H Social Sciences > HB Economic theory. Demography > HB1-3840 Economic theory. Demography
H Social Sciences > HQ The family. Marriage. Woman > HQ1-2044 The Family. Marriage. Women > HQ1101-2030.7 Women. Feminism > HQ1871-2030.7 Women's clubs
Department: FACULTY > Faculty of Social Sciences and Humanities
Depositing User: DG MASNIAH AHMAD -
Date Deposited: 26 Apr 2022 09:59
Last Modified: 26 Apr 2022 09:59
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/32465

Actions (login required)

View Item View Item