Gusni Saat (2021) Isu pembangunan kesihatan luar bandar di Sabah, dari perspektif komuniti.
Text
Isu pembangunan kesihatan luar bandar di Sabah, dari perspektif komuniti.ABSTRACT.pdf Download (52kB) |
|
Text
Isu pembangunan kesihatan luar bandar di sabah, dari perspektif komuniti.pdf Restricted to Registered users only Download (358kB) | Request a copy |
Abstract
Kesihatan merupakan satu dimensi pembangunan mikro, yang tergolong dalam keperluan asas penduduk sesebuah negara. Kesihatan bukan sekadar komponen pembangunan, malahan ia mempengaruhi prestasi pembangunan sesebuah negara. Atas sebab demikian, di Malaysia negara memperuntukkan bajet tahunan yang besar dalam pembangunan kesihatan. Menggunakan data empirical dan sekunder, Kertas kerja ini membincangkan isu-isu pembangunan kesihatan luar bandar di Sabah dari perspektif komuniti. Sebanyak 30 buah komuniti luar bandar dari 5 daerah di Sabah telah dikaji, menggunakan kaedah temu-bual berstruktur ke atas ketua isi rumah terpilih. Dapatan kajian menunjukkan, pada keseluruhan tahap kesedaran komuniti terhadap isu kesihatan adalah tinggi seperti sumber penyakit, penjagaan kesihatan, halangan-halangan kesampaian kepada pengesanan penyakit, rawatan dan penyembuhan. Pada pendapat komuniti, tahap pembangunan kesihatan luar bandar Sabah masih rendah baik yang bersifat fizikal, infrastruktur, sumber manusia mahupun perkhidmatan.
Item Type: | Proceedings |
---|---|
Keyword: | Pembangunan , Kesihatan , Komuniti , Luar bandar |
Subjects: | H Social Sciences > HT Communities. Classes. Races > HT51-1595 Communities. Classes. Races R Medicine > RA Public aspects of medicine > RA1-1270 Public aspects of medicine > RA421-790.95 Public health. Hygiene. Preventive medicine |
Department: | FACULTY > Faculty of Social Sciences and Humanities |
Depositing User: | DG MASNIAH AHMAD - |
Date Deposited: | 26 Apr 2022 12:46 |
Last Modified: | 26 Apr 2022 12:46 |
URI: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/32489 |
Actions (login required)
View Item |