Mohamad Fahmi Md Hijazi and Kwan, Sharon Sam Mee and Norlizah Matshah (2021) Kajian rintis kesan Program Webinar SHIELDS ke atas ketahanan diri dalam kalangan pelajar berisiko di Kampar, Perak. Jurnal Dunia Pendidikan, 3. pp. 10-29. ISSN 2682-826X
Text
Kajian rintis kesan Program Webinar SHIELDS ke atas ketahanan diri dalam kalangan pelajar berisiko di Kampar, Perak.pdf Restricted to Registered users only Download (440kB) | Request a copy |
|
Text
Kajian rintis kesan Program Webinar SHIELDS ke atas ketahanan diri dalam kalangan pelajar berisiko di Kampar, Perak _ABSTRACT.pdf Download (64kB) |
Abstract
Kajian rintis eksperimen ini bertujuan melihat kesahan dan memeriksa kebolehpercayaan instrument ketahanan diri dan mengkaji kesan Program Webinar SHIELDS ke atas ketahanan diri dalam Kalangan pelajar berisiko. Keberkesanan Program Webinar SHIELDS diukur dari segi peningkatan ketahanan diri bagi kumpulan rawatan. Kajian eksperimen ini dijalankan kepada pelajar berisiko di sebuah sekolah berisiko di daerah Kampar, Perak. Pelajar berisiko didefinisikan sebagai individu yang mempunyai tahap yang rendah dari segi tahap ketahanan diri. Soal selidik kajian ini mengandungi dua bahagian iaitu maklumat demografi pelajar dan soal selidik kajian Skala Ketahanan Diri 25 item (Wagnild & Young, 1993). Seramai 32 subjek yang memiliki ketahanan diri yang rendah telah dipilih dan dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu kumpulan rawatan dan kumpulan kawalan. Subjek dari kumpulan rawatan telah mengikuti program webinar SHIELDS yang merangkumi 12 aktiviti secara dalam talian masa 3 hari melalui aplikasi Google Meets. Data kajian dianalisis menggunakan perisian IBM SPSS (26) dengan menggunakan melalui analisa diskriptif, Analisis faktor penerokaan dan ujian-t dengan aras signifikan 0.5. Hasil Analisa akhir faktor penerokaan, sebanyak 12 item perlu disingkirkan dan selebihnya iaitu 13 item dikenalpasti sesuai untuk digunakan untuk mengukur ketahanan diri dari pada 25 item keseluruhan. Dapatan kajian mendapati kumpulan rawatan yang menerima program webinar SHIELDS berkesan dalam meningkatkan pembolehubah terikat ketahanan diri bagi kumpulan rawatan berbanding dari kumpuan kawalan. Kajian ini memberi sumbangan kepada Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK), dan kepada pengkaji lain dalam mengaplikasikan program webinar SHIELDS bagi meningkatkan ketahanan diri dalam kalangan pelajar berisiko. Sehubungan itu, ia amat berguna bagi membantu meningkatkan keperbagaian program pencegahan penyalahgunaan dadah di Malaysia khususnya.
Item Type: | Article |
---|---|
Keyword: | Kesahan , Kebolehpercayaan , Program Webinar SHIELDS , Ketahanan diri , Pelajar berisiko , Kesan |
Subjects: | H Social Sciences > HV Social pathology. Social and public welfare. Criminology > HV1-9960 Social pathology. Social and public welfare. Criminology > HV5800-5840 Drug habits. Drug abuse |
Department: | FACULTY > Faculty of Psychology and Education |
Depositing User: | SAFRUDIN BIN DARUN - |
Date Deposited: | 19 May 2022 08:34 |
Last Modified: | 19 May 2022 08:34 |
URI: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/32609 |
Actions (login required)
View Item |