Pemetaan Jejak Warisan Untuk Tujuan Pelancongan Lestari Menggunakan Gis di Tambunan

Kong, Teck Sieng and Oliver Valentine Eboy (2021) Pemetaan Jejak Warisan Untuk Tujuan Pelancongan Lestari Menggunakan Gis di Tambunan. Jurnal Kinabalu, 27. pp. 57-79. ISSN 2600-867X

[img] Text
Pemetaan Jejak Warisan Untuk Tujuan Pelancongan Lestari Menggunakan Gis di Tambunan.pdf

Download (37kB)
[img] Text
Pemetaan Jejak Warisan Untuk Tujuan Pelancongan Lestari Menggunakan Gis di Tambunan1.pdf
Restricted to Registered users only

Download (2MB) | Request a copy

Abstract

Pelancongan luar bandar bukan sahaja menyumbang kepada pendapatan negara, malah turut menyumbang kepada sumber pendapatan penduduk tempatan. Oleh itu, pelancongan luar bandar perlu diperbanyakkan lagi, terutamanya di negara sedang membangun seperti Malaysia. Walau bagaimanapun, aktiviti pelancongan sebaik-baiknya dijalankan secara lestari untuk mengurangkan kesannya kepada alam sekitar dan juga manusia. Salah satu pelancongan luar bandar yang popular pada masa kini ialah pelancongan berasaskan warisan khususnya jejak warisan batu megalitik. Pelancongan ini telah lama terkenal di luar negara. Oleh itu, pelancongan warisan ini berpotensi untuk menjadi daya tarikan kepada pelancong yang meminati warisan budaya. Kajian ini menghasilkan satu peta jejak warisan batu megalitik sebagai pelancongan lestari luar bandar di Tambunan, Sabah. Kajian ini menggunakan data kerja lapangan yang dijalankan di Tambunan. Peta jejak warisan dihasilkan dengan menggunakan kaedah analisis GIS iaitu analisis Kernel density, analisis penimbalan dan analisis kos laluan terendah (LCPA). Akhirnya, sebuah jejak warisan batu megalitik yang tidak terlalu jauh dan dekat untuk dilalui dihasilkan. Peta jejak warisan ini boleh menjadi panduan kepada pihak pengusaha pelancongan untuk mengembangkan pelancongan di Tambunan. Kajian ini menyumbang kepada pemeliharaan batu megalitik di Tambunan agar tidak pupus.

Item Type: Article
Keyword: Pelancongan , Lestari , Pelancongan luar bandar , Megalitik , Jejak warisan , GIS
Subjects: G Geography. Anthropology. Recreation > GV Recreation Leisure > GV1-1860 Recreation. Leisure
Department: FACULTY > Faculty of Social Sciences and Humanities
Depositing User: SITI AZIZAH BINTI IDRIS -
Date Deposited: 08 Jun 2022 11:53
Last Modified: 08 Jun 2022 11:53
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/32670

Actions (login required)

View Item View Item