Persepsi Guru Tentang Kelemahan Struktur Ruang Fizikal Sekolah Kebangsaan Pulau Gaya Terhadap Insiden Jenayah Dalam Kawasan Sekolah

Rosdiana Betare and Nor-Ina Kanyo (2021) Persepsi Guru Tentang Kelemahan Struktur Ruang Fizikal Sekolah Kebangsaan Pulau Gaya Terhadap Insiden Jenayah Dalam Kawasan Sekolah. Jurnal Kinabalu, 27. pp. 119-131. ISSN 2600-867X

[img] Text
Persepsi Guru Tentang Kelemahan Struktur Ruang Fizikal Sekolah Kebangsaan Pulau Gaya Terhadap Insiden Jenayah Dalam Kawasan Sekolah.pdf

Download (41kB)
[img] Text
Persepsi Guru Tentang Kelemahan Struktur Ruang Fizikal Sekolah Kebangsaan Pulau Gaya Terhadap Insiden Jenayah Dalam Kawasan Sekolah1.pdf
Restricted to Registered users only

Download (453kB) | Request a copy

Abstract

Keselamatan sekolah merupakan salah satu indikator kepada kemajuan sekolah dan menjadi aspek terpenting dalam pengurusan sekolah kerana ia boleh mencegah daripada sebarang insiden seperti kemalangan, kebakaran, jenayah, gangguan dan sebagainya. Penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi pada abad ke-21 ini dapat dilihat semakin meluas, sama ada dalam bidang perniagaan, pembangunan dan keselamatan di kawasan sekolah. Selain itu, pihak kerajaan telah melakukan pelbagai inisiatif untuk meningkatkan keselamatan di kawasan sekolah dengan melaksanakan pelbagai dasar dan program. Misalnya pada tahun 1976 hingga 2000, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah mengeluarkan beberapa pekeliling berkaitan keselamatan sekolah yang menekankan keperluan pihak pengurusan sekolah bagi memastikan keselamatan pelajar adalah terjamin ketika berada dalam ruang kawasan sekolah, terutamanya di makmal sekolah, bangunan sekolah, padang permainan dan sekitar sekolah. Kajian tentang keselamatan sekolah dalam aspek jenayah penting untuk diteliti bagi memastikan warga sekolah berada dalam keadaan selesa dan selamat. Tujuan utama penulisan artikel ini adalah untuk membincangkan persepsi guru tentang implikasi kelemahan struktur ruang fizikal sekolah terhadap insiden jenayah di kawasan sekolah. Analisis kekerapan dan min merupakan analisis yang digunakan untuk mengukur sejauhmana kelemahan struktur ruang fizikal mempengaruhi masalah jenayah di sekolah Pulau Gaya. Terdapat tiga ruang yang dinilai dan digunakan sebagai pengukur kepada implikasi kelemahan struktur ruang fizikal sekolah, iaitu ruang bilik darjah, bilik guru dan persekitaran sekolah. Persepsi tentang implikasi kelemahan struktur ruang fizikal sekolah terhadap insiden jenayah ditunjukkan dan dikategorikan mengikut ruang yang sama. Seramai 46 responden yang digunakan sebagai sampel dalam kajian ini. Borang soal selidik merupakan instrumen yang digunakan untuk mengumpul data yang berkaitan dengan kelemahan struktur ruang fizikal Sekolah Kebangsaan Pulau Gaya terhadap masalah jenayah. Data yang diperoleh kemudiannya dikumpul dan dianalisis menggunakan analisis kaedah kekerapan dan min dan hasilnya menunjukkan bahawa jenayah yang paling tinggi ialah kecurian harta benda sekolah, pecah masuk, kecurian barang hak milik guru dan kecurian dokumen sekolah. Walau bagaimanapun, keadaan di kawasan sekolah masih terkawal kerana terdapat langkah keselamatan yang dilakukan dari pihak sekolah dan polis.

Item Type: Article
Keyword: Persepsi , Implikasi , Kelemahan , Struktur ruang , Fizikal , Jenayah , Sekolah , Pulau Gaya
Subjects: H Social Sciences > HV Social pathology. Social and public welfare. Criminology > HV1-9960 Social pathology. Social and public welfare. Criminology > HV6001-7220.5 Criminology
L Education > LB Theory and practice of education > LB5-3640 Theory and practice of education > LB1501-1547 Primary education
Department: FACULTY > Faculty of Science and Natural Resources
Depositing User: SITI AZIZAH BINTI IDRIS -
Date Deposited: 08 Jun 2022 12:04
Last Modified: 08 Jun 2022 12:04
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/32673

Actions (login required)

View Item View Item