Impak Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Dari Aspek Kesihatan dan Hubungan Sosial Terhadap Golongan Berpendapatan Rendah Berstatus B40 di Bandaraya Kota Kinabalu, Sabah

Adi Jafar and Mohammad Tahir Mapa and Nordin Sakke and Abdul Hadi Alimuddin and Ethel Sebastian Daraup (2021) Impak Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Dari Aspek Kesihatan dan Hubungan Sosial Terhadap Golongan Berpendapatan Rendah Berstatus B40 di Bandaraya Kota Kinabalu, Sabah. Jurnal Kinabalu, 27. pp. 211-227. ISSN 2600-867X

[img] Text
Impak Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan .pdf

Download (42kB)
[img] Text
Impak Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan 1.pdf
Restricted to Registered users only

Download (499kB) | Request a copy

Abstract

Golongan berpendapatan rendah lebih mudah terancam dengan gelombang pandemik COVID-19 berbanding golongan berpendapatan tinggi. Salah satu situasi yang menggambarkan hal ini adalah semasa tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dijalankan. Dalam tempoh tersebut, berlakunya ketidakstabilan ekonomi golongan berpendapatan rendah (B40). Hal ini demikian kerana, selain menyumbang kepada masalah pengangguran, pelaksanaan PKP juga menyebabkan berlakunya pengurangan terhadap jumlah pendapatan bulanan. Keadaan ini menggambarkan bahawa pelaksanaan PKP mendatangkan impak yang negatif kepada golongan berpendapatan rendah khususnya dari sudut ekonomi. Walau bagaimanapun, impak PKP tidak harus dipandang dari sudut ekonomi semata-mata, sebaliknya haruslah dilihat dalam aspek yang lebih luas. Rentetan daripada itu, kajian ini ingin mengenal pasti impak pelaksanaan PKP dari aspek kesihatan dan sosial golongan B40 di Bandaraya Kota Kinabalu, Sabah. Selain itu, kajian ini juga ingin mengenal pasti hubungan angkubah jenis sektor pekerjaan golongan B40 dengan persetujuan terhadap pelaksanaan PKP. Kajian ini menggunakan kaedah survei dalam proses pengutipan data di lapangan. Teknik Analisis Komponen Utama, Ujian Khi Kuasa Dua dan Analisis Tabulasi Silang pula digunakan untuk menganalisis data mentah yang telah diperoleh. Analisis kajian ini mendapati terdapat tiga impak utama pelaksanaan PKP daripada aspek kesihatan dan hubungan sosial, iaitu peningkatan keselamatan dan jalinan kekeluargaan, keharmonian masyarakat dan ketenangan jiwa serta peningkatan kesihatan.

Item Type: Article
Keyword: Perintah Kawalan Pergerakan , COVID-19 , Golongan berpendapatan rendah , Impak kesihatan , Impak sosial
Subjects: H Social Sciences > HM Sociology (General) > HM(1)-1281 Sociology > HM1001-1281 Social psychology
R Medicine > RA Public aspects of medicine > RA1-1270 Public aspects of medicine > RA421-790.95 Public health. Hygiene. Preventive medicine > RA648.5-767 Epidemics. Epidemiology. Quarantine. Disinfection
Department: FACULTY > Faculty of Science and Natural Resources
Depositing User: SITI AZIZAH BINTI IDRIS -
Date Deposited: 08 Jun 2022 12:36
Last Modified: 08 Jun 2022 12:36
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/32692

Actions (login required)

View Item View Item