Jabil Mapjabil and Nurbaiti Mohd Hamiza and Rosmiza M.Z. and Mazdi Marzuki and Mohamad Pirdaus Yusoh and Jeannet Stephen and Datu Razali Datu Eranza and Nor-Ina Kanyo and Christina Andin and Noorziah Mohd Salleh (2021) Ancaman dan kesedaran pelancong wanita terhadap aspek keselamatan semasa percutian di Kota Kinabalu. Journal of Tourism, Hospitality and Environment Management (JTHEM), 6. pp. 54-70. ISSN 0128-178X
Text
Ancaman dan kesedaran pelancong wanita terhadap aspek keselamatan semasa percutian di Kota Kinabalu.pdf Restricted to Registered users only Download (317kB) | Request a copy |
|
Text
Ancaman dan kesedaran pelancong wanita terhadap aspek keselamatan semasa percutian di Kota Kinabalu _ABSTRACT.pdf Download (59kB) |
Abstract
Isu mengenai jaminan dan keselamatan pelancong bukan merupakan perkara yang baharu, tetapi kajian mengenai ancaman dan kesedaran pelancong wanita terhadap keselamatan mereka masih kurang dan terhad. Justeru, objektif kajian ini adalah untuk (i) mengenal pasti jenis dan faktor ancaman keselamatan yang menjadi kebimbangan pelancong wanita semasa melancong di sesebuah bandar dan (ii) meneliti kesedaran mereka terhadap aspek keselamatan ketika melancong di bandar berkenaan. Dalam konteks kajian ini, lokasi yang dipilih adalah bandaraya Kota Kinabalu, Sabah. Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif melalui pengedaran borang soal selidik. Untuk itu, seramai 93 orang responden dipilih secara rawak dari kalangan pelancong wanita yang berkunjung ke bandaraya ini. Dapatan kajian menunjukkan jenis ancaman keselamatan diragut atau dirompak mencatatkan peratusan kebimbangan yang paling tinggi, diikuti dengan ancaman diculik dan dirogol. Seterusnya, terdapat dua faktor utama yang menjadi ancaman kepada pelancong wanita ketika melancong di bandar, iaitu faktor lokasi dan kesesakan kawasan pelancongan. Untuk situasi keselamatan ketika melancong, skor min ‘sangat tinggi’ adalah apabila wujudnya kehadiran pegawai keselamatan atau polis yang bertugas di kawasan pelancongan. Manakala, situasi yang mencatatkan skor min ‘rendah’ adalah apabila berjalan di kawasan tumpuan pelancong pada waktu malam. Untuk aspek kesedaran pelancong wanita terhadap aspek keselamatan ketika melancong, dapatan kajian menunjukkan wanita lebih mementingkan keselamatan semasa melancong di tempat baharu. Mereka juga berasa takut apabila didekati oleh peminta sedekah semasa bercuti di Kota Kinabalu. Sebagai rumusannya, dapatan kajian ini adalah penting dan relevan kepada pihak pemegang taruh yang terlibat secara langsung dalam meningkatkan ciri keselamatan di bandar yang akhirnya mampu menambahkan keyakinan pelancong khususnya wanita untuk melancong dengan rasa selamat dan seronok di bandaraya Kota Kinabalu.
Item Type: | Article |
---|---|
Keyword: | Ancaman , Kesedaran , Pelancong wanita , Keselamatan , Percutian |
Subjects: | G Geography. Anthropology. Recreation > GV Recreation Leisure > GV1-1860 Recreation. Leisure H Social Sciences > HV Social pathology. Social and public welfare. Criminology > HV1-9960 Social pathology. Social and public welfare. Criminology > HV7231-9960 Criminal justice administration > HV7431 Prevention of crime, methods, etc. |
Department: | INSTITUTE > Borneo Institute for Indigenous Studies |
Depositing User: | SAFRUDIN BIN DARUN - |
Date Deposited: | 09 Jun 2022 09:54 |
Last Modified: | 09 Jun 2022 09:54 |
URI: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/32716 |
Actions (login required)
View Item |