Profil kunjungan dan tahap kepuasan pemancing terhadap kemudahan dan perkhidmatan Kolam Pancing Ikan Marin Ko-Nelayan Laya-Laya, Tuaran, Sabah

Jabil Mapjabil and Mohammad Shazni Farhan Rasgar and Nor-Ina Kanyo and Christina Andin and Noorziah Mohd Salleh and Rosmiza M.Z and Mazdi Marzuki and Mohamad Pirdaus Yusoh and Jeannet Stephen and Datu Razali Datu Eranza (2021) Profil kunjungan dan tahap kepuasan pemancing terhadap kemudahan dan perkhidmatan Kolam Pancing Ikan Marin Ko-Nelayan Laya-Laya, Tuaran, Sabah. International Journal of Accounting, Finance and Business (IJAFB), 6. 161 -179. ISSN 0128-1844

[img] Text
Profil kunjungan dan tahap kepuasan pemancing terhadap kemudahan dan perkhidmatan Kolam Pancing Ikan Marin Ko-Nelayan Laya-Laya, Tuaran, Sabah.pdf
Restricted to Registered users only

Download (374kB)
[img] Text
Profil kunjungan dan tahap kepuasan pemancing terhadap kemudahan dan perkhidmatan Kolam Pancing Ikan Marin Ko-Nelayan Laya-Laya, Tuaran, Sabah _ABSTRACT.pdf

Download (64kB)

Abstract

Aktiviti memancing rekreasi adalah berpotensi besar untuk dimajukan di negeri Sabah memandangkan terdapat pelbagai lokasi semula jadi seperti laut, sungai dan kolam. Meskipun terdapat kajian memancing rekreasi di kolam terutamanya kolam buatan dan air tawar, namun belum ada kajian dilakukan dalam konteks kolam air masin. Untuk itu, kajian ini meneliti profil kunjungan dan tahap kepuasan pemancing terhadap kemudahan dan perkhidmatan memancing rekreasi di Kolam Pancing Ikan Marin Ko-Nelayan Laya-Laya (KPIMKL) di Tuaran, Sabah. Reka bentuk kajian yang digunakan ialah eksploratif dan deskriptif manakala pendekatan yang digunakan adalah kaedah kuantitatif. Kajian ini turut disokong dengan kaedah kualitatif melalui temu bual mendalam dengan pengusaha KPIMKL dan temu bual tidak langsung dengan beberapa responden terpilih. Untuk temu bual menggunakan borang soal selidik, seramai 105 orang responden dipilih secara rawak dalam kajian ini. Hasil kajian menunjukkan ciri-ciri kunjungan responden, majoritinya didominasi oleh ciri kunjungan ulangan dan secara berkumpulan, tempoh masa memancing selama 5 - 6 jam, menggunakan kereta persendirian, sumber maklumat utama adalah media sosial dan faktor tarikan memancing adalah kepelbagaian jenis dan saiz ikan di kolam pancing berkenaan. Selain itu, majoriti responden pernah menyertai pertandingan yang dianjurkan oleh KPIMKL terutamanya dalam kategori Big Game. Untuk tahap kepuasan pengunjung pula, secara umumnya pengunjung didapati sangat berpuas hati, iaitu daripada 17 parameter untuk kemudahan dan perkhidmatan yang disediakan di KPIMKL, 10 parameter mencatatkan skor min ‘sangat tinggi’ (antaranya kemudahan surau, pondok rehat dan gerai makanan), enam parameter merekodkan skor min ‘tinggi’ (antaranya tandas, ruang aduan dan informasi serta yuran memancing) dan hanya satu parameter sahaja mencatatkan skor min ‘sederhana’, iaitu kemudahan tong sampah. Sebagai rumusannya, kajian memancing rekreasi di kolam pancing air masin ini dapat membantu pihak pemegang taruh khususnya Jabatan Perikanan dan pengusaha kolam pancing agar lebih komited dan proaktif dalam memastikan kualiti perkhidmatan dan kemudahan kolam pancing sentiasa berada pada tahap yang terbaik.

Item Type: Article
Keyword: Ciri kunjungan , Tahap kepuasan , Pemancing rekreasi , Kemudahan , Perkhidmatan , Kolam pancing
Subjects: G Geography. Anthropology. Recreation > G Geography (General). Atlases. Maps > G1-922 Geography (General) > G149-180 Travel. Voyages and travels (General)
Department: INSTITUTE > Borneo Institute for Indigenous Studies
Depositing User: SAFRUDIN BIN DARUN -
Date Deposited: 09 Jun 2022 09:57
Last Modified: 09 Jun 2022 09:57
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/32721

Actions (login required)

View Item View Item