Hubungan antara bidang tugas dan hubungan sosial dengan penjenamaan semula pengurusan tingkatan enam

Wee, Fwen Yep and Abdul Said Ambotang (2021) Hubungan antara bidang tugas dan hubungan sosial dengan penjenamaan semula pengurusan tingkatan enam. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 6. pp. 35-44. ISSN 2504-8562

[img] Text
Hubungan antara bidang tugas dan hubungan sosial dengan penjenamaan semula pengurusan tingkatan enam.pdf
Restricted to Registered users only

Download (333kB) | Request a copy
[img] Text
Hubungan antara bidang tugas dan hubungan sosial dengan penjenamaan semula pengurusan tingkatan enam _ABSTRACT.pdf

Download (61kB)

Abstract

Penjenamaan semula tingkatan enam merupakan inisiatif Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 - 2025 untuk memperkasa pendidikan tingkatan enam. Kajian ini bertujuan untuk mengkaji hubungan antara bidang tugas harian guru tingkatan enam dan hubungan sosial antara guru-guru dengan penjenamaan semula pengurusan tingkatan enam di Bahagian Sandakan, Sabah. Sampel kajian terdiri daripada 120 orang guru tingkatan enam dipilih daripada populasi seramai 169 orang guru tingkatan enam daripada 12 buah sekolah yang mempunyai tingkatan enam di Bahagian Sandakan. Sekolah tersebut terletak di daerah Sandakan, Beluran, Kinabatangan dan Telupid. Sampel dipilih dengan menggunakan prosedur pensampelan rawak mudah. Sementara itu, borang soal selidik digunakan sebagai instrumen kajian untuk mendapatkan data. Data dianalisis dengan menggunakan perisian IBM Statistical Package for Social Sciences (SPSS). Korelasi Pearson digunakan untuk mengukur kekuatan hubungan antara dua pemboleh ubah yang dikaji. Didapati ujian Korelasi Pearson menunjukkan terdapat korelasi sederhana, positif dan signifikan iaitu r=.492 dan p=.000 antara bidang tugas harian guru tingkatan enam dengan penjenamaan semula pengurusan tingkatan enam. Manakala ujian Korelasi Pearson antara hubungan sosial antara guru di sekolah dengan penjenamaan semula pengurusan tingkatan enam menunjukkan korelasi sangat lemah, negatif dan tidak signifikan iaitu r=-.060 dan p=.517. Hal ini menunjukkan guru tingkatan enam di Bahagian Sandakan dapat melaksanakan perubahan bidang tugas harian guru tingkatan enam. Selain itu, mereka berusaha memelihara hubungan baik dengan pentadbir sekolah aliran perdana dan rakan-rakan guru aliran perdana di sekolah. Hal ini, dapat merealisasikan kejayaan transformasi tingkatan enam melalui penjenamaan semula tingkatan enam.

Item Type: Article
Keyword: Bidang tugas , Hubungan sosial , Penjenamaan semula , Tingkatan enam
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education > LB5-3640 Theory and practice of education > LB1603-1696.6 Secondary education. High schools
Department: FACULTY > Faculty of Psychology and Education
Depositing User: SAFRUDIN BIN DARUN -
Date Deposited: 09 Jun 2022 11:42
Last Modified: 09 Jun 2022 11:42
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/32743

Actions (login required)

View Item View Item