Kategori sumber bantuan dan kekerapan agihan bantuan kepada komuniti tempatan dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)

Nurul Hazwani Abu Bakar and Liew, Sau Ping and Norain Basri and Nur Ain Soeradji and Jabil Mapjabil and Datu Razali Datu Eranza (2021) Kategori sumber bantuan dan kekerapan agihan bantuan kepada komuniti tempatan dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Journal of Islamic, Social, Economics and Development (JISED), 6. pp. 102-118. ISSN 0128-1755

[img] Text
Kategori sumber bantuan dan kekerapan agihan bantuan kepada komuniti tempatan dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).pdf
Restricted to Registered users only

Download (297kB)
[img] Text
Kategori sumber bantuan dan kekerapan agihan bantuan kepada komuniti tempatan dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) _ABSTRACT.pdf

Download (63kB)

Abstract

Pelbagai pihak memainkan peranan penting untuk meringankan beban komuniti tempatan iaitu dengan memberikan bantuan seperti kewangan dan makanan asas. Oleh hal demikian, artikel ini menganalisis kategori sumber bantuan dan kekerapan agihan bantuan kepada komuniti tempatan dalam tempoh perintah kawalan pergerakan (PKP) semasa pandemik COVID-19 di kampung terpilih, iaitu Kunak dan Lahad Datu, Sabah. Kajian ini menggunakan pendekatan eksplorasi dan evaluatif. Kaedah yang digunakan adalah kaedah kuantitatif dengan menggunakan borang soal selidik dan pemerhatian. Kajian ini melibatkan seramai 105 orang responden. Hasil kajian menunjukkan penyumbang bantuan tertinggi yang diterima oleh responden adalah pihak kerajaan dengan nilai 82.9%, iaitu 87 orang responden. Bantuan yang paling banyak diterima oleh responden pula adalah bekalan makanan asas sebanyak 95.2%, iaitu 100 orang responden. Bagi perincian bantuan kewangan, majoriti responden tidak menerima sebarang bantuan kewangan, iaitu sebanyak 60.0% (63 orang). Seterusnya dalam bentuk perincian bantuan makanan asas dan lain-lain, bantuan yang paling banyak diterima oleh responden adalah gula iaitu sebanyak 98.1%, bersamaan dengan 103 orang responden. Akhir sekali dalam bentuk kekerapan agihan bantuan, bilangan penerimaan oleh responden yang paling kerap adalah sebanyak 2 kali iaitu 44.85% (47 orang). Sebagai rumusannya, kajian ini dapat membantu pihak berwajib untuk menilai semula keberkesanan pengurusan agihan bantuan kepada komuniti tempatan pada masa hadapan.

Item Type: Article
Keyword: Sumber bantuan , Kekerapan bantuan , Komuniti tempatan , PKP , Pandemik Covid-19
Subjects: H Social Sciences > HB Economic theory. Demography > HB1-3840 Economic theory. Demography > HB848-3697 Demography. Population. Vital events
H Social Sciences > HM Sociology (General) > HM(1)-1281 Sociology > HM711-806 Groups and organizations > HM756-781 Community
Department: INSTITUTE > Borneo Institute for Indigenous Studies
Depositing User: SAFRUDIN BIN DARUN -
Date Deposited: 09 Jun 2022 11:49
Last Modified: 09 Jun 2022 11:49
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/32747

Actions (login required)

View Item View Item