Hubungan Gaya Asuhan Ibu Bapa Dengan Kecerdasan Emosi Remaja Awal

Siti Nazurah Mohd Fauzi and Norhamidah Jarimal @ Safri and Noorma Razali and Jusiah Idang and Wanda Kiyah George Albert and Patricia Joseph Kimong (2021) Hubungan Gaya Asuhan Ibu Bapa Dengan Kecerdasan Emosi Remaja Awal. Southeast Asia Psychology Journal, 9. pp. 124-138. ISSN 2710-544X

[img] Text
Hubungan Gaya Asuhan Ibu Bapa Dengan Kecerdasan Emosi Remaja Awal.pdf

Download (41kB)
[img] Text
Hubungan Gaya Asuhan Ibu Bapa Dengan Kecerdasan Emosi Remaja Awal1.pdf
Restricted to Registered users only

Download (344kB) | Request a copy

Abstract

Gaya asuhan yang diterima oleh anak-anak sewaktu mereka kecil akan memberi kesan kepada perlakuan dan gaya berfikir kanak-kanak terutamanya pada peringkat sekolah rendah dan menengah. Kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti hubungan antara gaya asuhan ibu bapa dan kecerdasan emosi remaja awal. Kajian yang dijalankan di sekitar Sabah ini melibatkan 108 orang remaja lelaki dan perempuan yang berumur di antara 12 hingga 15 tahun. Borang soal selidik telah digunakan untuk pengumpulan data. Soal selidik ini terdiri daripada tiga bahagian. Bahagian A untuk memerihal ciri demografi responden yang dikaji; Bahagian B ialah Parental Authority Questionnaire (PAQ) untuk mengukur gaya asuhan ibu bapa dan, Bahagian C ialah The Assessing Emotions Scale (AES) yang digunakan untuk mengukur kecerdasan emos remaja. Data yang diperolehi dianalisis melalui analisis deskriptif dan ujian kolerasi sampel bebas menggunakan IBM SPSS versi 27. Hasil kajian mendapati terdapat hubungan yang signifikan bagi ketiga-tiga jenis gaya asuhan ibu bapa iaitu autoritarian (r = .462), autoritatif (r = .456) dan permisif (r = .354) dengan kecerdasan emosi remaja awal.

Item Type: Article
Keyword: Gaya Asuhan Ibu Bapa , Kecerdasan Emosi , Remaja Awal
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education > LB5-3640 Theory and practice of education > LB1050.9-1091 Educational psychology
L Education > LB Theory and practice of education > LB5-3640 Theory and practice of education > LB1139.2-1139.5 Early childhood education
Department: FACULTY > Faculty of Psychology and Education
Depositing User: SITI AZIZAH BINTI IDRIS -
Date Deposited: 09 Jun 2022 11:58
Last Modified: 09 Jun 2022 11:58
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/32753

Actions (login required)

View Item View Item