Modul Pemikiran Sains Keusahawanan Untuk Pelajar Tahun Lima Dalam Pendidikan STEM

Jamilah Ahmad and Siew Nyet Moi @ Sopiah Abdullah (2022) Modul Pemikiran Sains Keusahawanan Untuk Pelajar Tahun Lima Dalam Pendidikan STEM. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities, 7. pp. 99-117. ISSN 2504-8562

[img] Text
Modul Pemikiran Sains Keusahawanan .pdf

Download (40kB)
[img] Text
Modul Pemikiran Sains Keusahawanan 1.pdf
Restricted to Registered users only

Download (478kB) | Request a copy

Abstract

Kajian ini dijalankan untuk i) menentukan kesahan, kebolehpercayaan, kebolehlaksanaan modul berasaskan pendekatan isu sosiosaintifik berbantukan peta pemikiran roda (PISPP), dan ii) menilai kesannya terhadap pemikiran sains keusahawanan pelajar tahun lima dalam pendidikan STEM. Fasa pertama kesahan modul dilakukan dengan menggunakan khidmat lima orang pakar penilai dan 30 orang pelajar tahun lima. Data diperoleh melalui maklum balas responden dalam soal selidik 5 poin skala Likert dan ujian Pemikiran Sains Keusahawanan. Fasa kedua adalah penilaian melalui reka bentuk kajian kuasi eksperimental dengan Ujian Pra-Pasca Kumpulan Kawalan Tidak Setara. Seramai 60orang pelajar tahun lima yang terbahagi kepada dua kumpulan iaitu kumpulan PISPP (n=30) dan kumpulan kawalan (n=30). Keputusan penilaian modul PISPP menunjukkan nilai kesahan yang baik dan kebolehpercayaan alfa Cronbach yang boleh diterima iaitu antara .74 dan .89 dengan nilai keseluruhan .92. Pelajar menunjukkan tahap penerimaan yang tinggi (m=4.53) terhadap aktiviti-aktiviti dalam Modul PISPP. Respon secara lisan menunjukkan kesesuaian dan penerimaan modul dalam kalangan pelajar. Dapatan ujian-t tak bersandaran membuktikan kesan positif yang signifikan terhadap kelima-lima konstruk dalam pemikiran sains keusahawanan. Tuntasnya, kesemua dapatan ini menunjukkan bahawa Modul PISPP menyediakan satu modul pengajaran dan pembelajaran STEM yang sah, boleh dipercayai dan dilaksanakan, dan berkesan dalam meningkatkan pemikiran sains keusahawanan bagi pelajar tahun lima.

Item Type: Article
Keyword: Pembangunan modul , Penilaian modul , Pendekatan isu sosiosaintifik , Peta pemikiran roda , Pemikiran sains keusahawanan , Pendidikan STEM
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education > LB5-3640 Theory and practice of education > LB1555-1602 Elementary or public school education
Q Science > Q Science (General) > Q1-390 Science (General)
Department: FACULTY > Faculty of Psychology and Education
Depositing User: SITI AZIZAH BINTI IDRIS -
Date Deposited: 16 Jun 2022 10:17
Last Modified: 16 Jun 2022 10:17
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/32791

Actions (login required)

View Item View Item