Penerimaan penduduk tempatan terhadap keadaan kesesakan pelancong pada waktu cuti umum: Kajian kes Pulau Pangkor, Perak

Mohamad Pirdaus Yusoh and Jabil Mapjabil and Nurhazliyana Hanafi and Mohd Azmi bin Muhammed Idris (2021) Penerimaan penduduk tempatan terhadap keadaan kesesakan pelancong pada waktu cuti umum: Kajian kes Pulau Pangkor, Perak. International Journal of Accounting, Finance and Business (IJAFB), 6. pp. 32-44. ISSN 0128-1844

[img] Text
Penerimaan penduduk tempatan terhadap keadaan kesesakan pelancong pada waktu cuti umum_ Kajian kes Pulau Pangkor, Perak.pdf
Restricted to Registered users only

Download (307kB)
[img] Text
Penerimaan penduduk tempatan terhadap keadaan kesesakan pelancong pada waktu cuti umum_ Kajian kes Pulau Pangkor, Perak _ABSTRACT.pdf

Download (63kB)

Abstract

Pulau Pangkor merupakan salah sebuah pulau yang menjadi tumpuan pelancong dari dalam dan luar negara yang terbukti melalui jumlah ketibaan pelancong yang sangat tinggi khususnya pada cuti umum. Ketibaan pelancong yang ramai ini akan memberikan kesan kepada penduduk tempatan serta mendatangkan persepsi yang pelbagai terhadap tahap penerimaan mereka. Hal ini boleh menyukarkan bagi mencapai pembangunan pelancongan yang lestari. Oleh itu, kajian ini dijalankan bagi meneliti keadaan kesesakan yang berlaku di Pulau Pangkor pada waktu cuti umum serta penerimaan penduduk tempatan terhadap keadaan tersebut. Kajian kuantitatif ini menggunakan borang soal selidik yang melibatkan seramai 387 orang penduduk tempatan. Dengan menggunakan kaedah People at One Time (PAOT), responden diberi lima pilihan foto yang menunjukkan keadaan pelancongan di Pulau Pangkor pada waktu cuti umum. Daripada analisis PAOT ini, responden menyatakan bahawa keadaan di Pulau Pangkor pada cuti umum adalah ‘sangat sesak’ dengan 74.4% memilih Foto F, diikuti Foto D (9.6%), Foto E (7.2%) dan paling rendah adalah Foto A (1.3%). Purata kekerapan responden melihat pelancong menjalankan aktiviti terpilih dalam pelancongan juga tinggi dengan nilai min 4.15. Keadaan sesak di Pulau Pangkor pada waktu cuti umum meletakkan barometer tahap penerimaan penduduk tempatan berada pada aras sederhana dengan nilai min 2.87. Keadaan ini menunjukkan penduduk tempatan masih ‘boleh menerima’ jumlah ketibaan pelancong namun sudah menampakkan wujudnya konflik. Sekiranya keadaan ini berterusan tanpa sebarang penambahbaikan, hal ini boleh menyebabkan bacaan barometer ke paras merah iaitu ‘tidak boleh menerima’. Hasil kajian ini memberikan maklumat penting kepada pihak berkepentingan bagi memastikan kelestarian pelancongan di Pulau Pangkor kekal terpelihara.

Item Type: Article
Keyword: Keadaan kesesakan , Penerimaan penduduk , Kelestarian pelancongan
Subjects: G Geography. Anthropology. Recreation > G Geography (General). Atlases. Maps > G1-922 Geography (General) > G149-180 Travel. Voyages and travels (General) > G154.9-155.8 Travel and state. Tourism
Department: INSTITUTE > Borneo Institute for Indigenous Studies
Depositing User: SAFRUDIN BIN DARUN -
Date Deposited: 16 Jun 2022 15:38
Last Modified: 16 Jun 2022 15:38
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/32823

Actions (login required)

View Item View Item