Amalan pengurusan kerja dan kehidupan dalam kalangan komuniti copreneurship di Pulau Mabul, Sabah

Kamsiah Mabaloh (2019) Amalan pengurusan kerja dan kehidupan dalam kalangan komuniti copreneurship di Pulau Mabul, Sabah. Masters thesis, Universiti Malaysia Sabah.

[img] Text
Amalam pengurusan kerja dan kehidupan dalam kalangan komuniti copreneurship di Pulau Mabul, Sabah.24pages.pdf

Download (987kB)
[img] Text
Amalam pengurusan kerja dan kehidupan dalam kalangan komuniti copreneurship di Pulau Mabul, Sabah.fulltext.pdf
Restricted to Registered users only

Download (11MB)

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti amalan pengurusan kerja dan kehidupan dalam kalangan komuniti copreneurship di Pulau Mabul, Sabah. Copreneurship merupakan perniagaan suami dan isteri yang berkongsi tanggungjawab, komitmen dan matlamat bersama-sama. Lazimnya, copreneurship bertujuan untuk mencari keseimbangan antara tanggungjawab kerjaya dan kehidupan, namun mereka turut berdepan konflik kerja-kehidupan apabila menghadapi kesukaran dalam mengendalikan perniagaan dan tanggungjawab keluarga sepanjang menjalankan perniagaan bersama. Hal ini kerana perniagaan copreneurship melibatkan lingkaran peribadi kehidupan yang bertindan antara peranan menunaikan tanggungjawab domain pekerjaan dan tanggungjawab keluarga. Justeru, sejauhmana peranan wanita dan lelaki copreneurs berkenaan isu kerja dan kehidupan berbeza masih menjadi persoalan. Oleh itu, kajian ini mengutarakan empat peranan pengurusan kerja dan kehidupan copreneurs iaitu pengurusan masa, membuat keputusan, pembahagian tugas perniagaan dan permbahagian tugas isi rumah. Bersandarkan kajian kes kualitatif, kajian ini telah menemubual 14 informan lelaki dan wanita copreneursyang menjalankan perniagaan bersama di Pulau Mabul, Sabah. Dapatan kajian menunjukkan bahawa keempat-empat peranan pengurusan kerja dan kehidupan didominasi oleh wanita copreneurs. Manakala, lelaki copreneurs pula dilihat sebagai berperanan kedua atau sampingan untuk membantu pasangan mereka. Tambahan lagi, kajian turut menemukan kawalan masa kerja, perniagaan daripada rumah dan sokongan peranan membantu copreneurs untuk mencapai keintegrasian kerja dan kehidupan mereka. Teori Compensation dan Accommodation diadaptasi untuk menganalisis hubung kait isu kerja dan kehidupan copreneurs ini. Teori Compensation ini wujud apabila individu berusaha untuk mencari penglibatan tinggi antara domain kerja dan kehidupan akibat tidak berpuas hati dengan domain lain yang lebih tertumpu terhadap lelaki copreneurs. Manakala, Teori Accommodation pula menumpukan terhadap wanita copreneurs apabila mereka terpaksa mengehadkan penglibatan diri antara salah satu domain untuk memenuhi kekurangan domain lain. Kajian ini penting dalam memahami pengurusan kerja dan kehidupan dalam kalangan penduduk di luar bandar agar kehidupan dan peningkatan sosioekonomi mereka terus lestari.

Item Type: Thesis (Masters)
Keyword: Pengurusan kerja , Copreneurship , Komuniti
Subjects: H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor > HD28-9999 Industries. Land use. Labor > HD4801-8943 Labor. Work. Working class
H Social Sciences > HT Communities. Classes. Races > HT51-1595 Communities. Classes. Races > HT51-65 Human settlements. Communities
Department: FACULTY > Faculty of Humanities, Arts and Heritage
Depositing User: DG MASNIAH AHMAD -
Date Deposited: 07 Jun 2022 14:38
Last Modified: 07 Jun 2022 14:38
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/32862

Actions (login required)

View Item View Item