Cabaran dan kelangsungan pengusaha makanan kecil dalam pandemik Covid-19

Rima Abdul Rahman and Harifah Mohd. Noor and Adilah Md. Ramli (2021) Cabaran dan kelangsungan pengusaha makanan kecil dalam pandemik Covid-19. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 6. pp. 13-23. ISSN 2504-8562

[img] Text
Cabaran dan kelangsungan pengusaha makanan kecil dalam pandemik Covid-19.pdf
Restricted to Registered users only

Download (474kB) | Request a copy
[img] Text
Cabaran dan kelangsungan pengusaha makanan kecil dalam pandemik Covid-19 _ABSTRACT.pdf

Download (63kB)

Abstract

Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) telah banyak menyumbang dalam memajukan ekonomi negara. Kewujudan perusahaan makanan kecil ini telah banyak membantu dalam meningkatkan pendapatan negara serta turut memberikan banyak peluang pekerjaan kepada masyarakat. Namun, kewujudan pandemik Covid-19, hampir melumpuhkan kelangsungan pengusaha makanan kecil ini. Tujuan kajian adalah untuk mengenal pasticabaran yang dihadapi oleh pengusaha makanan kecil dan meneliti kelangsungan mereka untuk bertahan dalam era pandemik. Satu set borang kaji selidik diedarkan kepada 120 pengusaha kecil makanan yang berdasarkan kaedah persampelan bertujuan di daerah Kota Kinabalu, Sabah. Analisis data menggunakan kaedah deskriptif dan inferensi menerusi frekuensi, skor min purata dan khi kuasa dua.Penemuan menunjukkan terdapat perkaitan yang signifikan di antara tempoh berniaga dalam perusahaan makanan kecil dengan tahap terkesan kewangan yang mana nilai Khi Kuasa Dua=18.699 dan Signifikan= 0.028. Seterusnya, hasil dapatan menunjukkan cabaran yang dihadapi oleh pengusaha makanan PKS semasa pandemik ini yang menunjukkan sangat terkesan bagi item ‘keuntungan semakin berkurang’ dengan nilai purata min=4.70 diikuti dengan cabaran bagi item ‘terpaksa menjual harta’ dengan nilai purata min=3.13. Walau bagaimanapun, pengusaha makanan kecil menyediakan beberapa alternatif untuk kelangsungan perniagaan mereka semasa krisis pandemik ini dengan ‘jualan sasaran pembeli tempatan’ (purata min=4.90) merupakan usaha mereka untuk bertahan dalam perniagaan pada masa ini diikuti dengan ‘pekerja dalam kalangan keluarga’ (purata min=4.40). Melalui kajian ini, cabaran dan kelangsungan untuk pengusaha makanan kecil dapat dikenal pasti dalam era pandemik ini sekaligus dapat membantu pihak berkuasa mengetahui apakah bantuan yang sesuai bagi pengusaha ini berdasarkan kepada cabaran yang mereka hadapi.

Item Type: Article
Keyword: Cabaran , Kelangsungan , Pengusaha kecil , Pandemik
Subjects: T Technology > TX Home economics > TX1-1110 Home economics > TX341-641 Nutrition. Foods and food supply
Department: FACULTY > Faculty of Food Science and Nutrition
Depositing User: SAFRUDIN BIN DARUN -
Date Deposited: 20 Jun 2022 16:24
Last Modified: 20 Jun 2022 16:24
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/32873

Actions (login required)

View Item View Item