L. Orine Ukor (2019) Peranan wanita semasa era pentadbiran syarikat berpiagam Borneo Utara British di Borneo Utara (1881-1941). Masters thesis, Universiti Malaysia Sabah.
Text
Peranan wanita semasa era pentadbiran syarikat berpiagam Borneo Utara British di Borneo Utara (1881-1941).24PAGES.pdf Download (800kB) |
|
Text
Peranan wanita semasa era pentadbiran syarikat berpiagam Borneo Utara British di Borneo Utara (1881-1941).FULLTEXT.pdf Restricted to Registered users only Download (17MB) |
Abstract
Kajian ini bertujuan untuk meneliti dan menganalisis peranan yang dimainkan oleh wanita semasa era pentadbiran Syarikat Berpiagam Borneo Utara British di Borneo Utara dari tahun 1881 hingga 1941. Kajian ini cuba untuk menilai peranan yang dimainkan oleh wanita semasa zaman kolonial dan sejauh mana peranan ini telah memberi kesan kepada masyarakat Borneo Utara. Berdasarkan penyelidikan yang meluas mengenai sumbersumber utama seperti dokumen-dokumen rasmi, akhbar, dan laporan pentadbiran kolonial, kajian ini mendapati terdapat begitu banyak peranan yang dimainkan oleh wanita di Borneo Utara. Peranan-peranan ini agak berbeza di antara kaum wanita peribumi, wanita Asiatik, dan wanita Barat. Antara peranan yang dimainkan oleh wanita adalah seperti pembantu rumah, suri rumah, dan pembantu suami. Di samping itu, wanita di Borneo Utara juga memainkan peranan penting dalam aspek pertanian seperti menjadi sebahagian daripada tenaga buruh di estet dan pertanian sara diri. Pada masa yang sama wanita ini juga menjadi pendidik, penginjil atau mubaligh, pelacur, Mui Tsai, pengembara, penulis buku, dan peniaga. Dasar pentadbiran SBBU yang memperkenalkan pelbagai polisi dan semasa memerintah Borneo Utara juga merupakan salah satu alasan utama kepada perubahan bentuk peranan wanita daripada tradisional kepada suatu bentuk yang lebih moden terutama sekali dalam kalangan wanita peribumi. Ketibaan wanita Asiatik seperti Jawa, Cina, Jepun, serta wanita Barat ke Borneo Utara telah mengubah keadaan Borneo Utara dan peranan wanita peribumi itu sendiri. Oleh itu, peranan wanita semasa era SBBU sememangnya wujud tetapi tidak pernah ditonjolkan secara ketara dalam rekod-rekod sejarah.
Item Type: | Thesis (Masters) |
---|---|
Keyword: | Peranan wanita , Peribumi , Asiatik , Barat , Era kolonial , Borneo Utara |
Subjects: | D World History and History Of Europe, Asia, Africa, Australia, New Zealand, Etc. > DS Asia > DS1-937 History of Asia > DS520-560.72 Southeast Asia > DS591-599 Malaysia. Malay Peninsula. Straits Settlements > DS597.22-599 Local history and description > DS597.33-597.34 Sabah. British North Borneo H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor > HD28-9999 Industries. Land use. Labor > HD4801-8943 Labor. Work. Working class > HD6050-6305 Classes of labor Including women, children, students, middle-aged and older persons, minorities |
Department: | FACULTY > Faculty of Humanities, Arts and Heritage |
Depositing User: | DG MASNIAH AHMAD - |
Date Deposited: | 07 Jun 2022 16:36 |
Last Modified: | 07 Jun 2022 16:36 |
URI: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/32877 |
Actions (login required)
View Item |