Tahap kemahiran imam menukarkan kata ganti nama dalam bacaan doa Bahasa Arab

Nurulasyikin Muda and Hazmi Dahlan and Siti Nurul Aishah Abdul Hamid (2021) Tahap kemahiran imam menukarkan kata ganti nama dalam bacaan doa Bahasa Arab. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 6. pp. 173-180. ISSN 2504-8562

[img] Text
Tahap kemahiran imam menukarkan kata ganti nama dalam bacaan doa Bahasa Arab.pdf
Restricted to Registered users only

Download (417kB) | Request a copy
[img] Text
Tahap kemahiran imam menukarkan kata ganti nama dalam bacaan doa Bahasa Arab _ABSTRACT.pdf

Download (77kB)

Abstract

Bahasa Arab mempunyai kedudukan yang penting dalam ibadah. Ayat-ayat al-Quran, bacaan dalam solat dan juga doa-doa dibaca dalam Bahasa Arab. Imam merupakan individu yang akan mengetuai solat seterusnya melakukan pembacaan-pembacaan tersebut yang boleh didengari oleh para makmum. Kajian ini ingin melihat tahap kemahiran para imam menukarkan kata ganti nama ketika membaca doa qunut dan doa pengampunan ibu bapa. Dalam teks bacaan kedua-dua doa ini mengandungi kata ganti nama yang perlu diubah dari kata ganti nama tunggal yang digunakan ketika solat bersendirian kepada kata ganti nama jamak ketika solat berjemaah. 20 responden yang merupakan para pelajar dibeberapa institusi pengajian tinggi yang pernah menjadi imam telah diminta untuk membuat rakaman suara bacaan bagi kedua-dua doa tersebut semasa menjadi imam dan telah dihantar kepada pengkaji sejurus setelah mereka diberikan penerangan tentang kutipan data. Analisa kekerapan kesilapan bagi doa qunut melibatkan 7 perkataan dan analisa kekerapan kesilapan bagi doa pengampunan ibu bapa melibatkan 6 perkataan. Kajian ini mendapati bahawa kadar kesilapan yang dilakukan oleh para imam bagi dalam membaca kedua-dua doa qunut dan doa pengampunan ibu bapa adalah pada kadar yang sangat rendah iaitu 9.23%. Walau bagaimanapun, kadar kesilapan bacaan doa qunut adalah jauh lebih tinggi berbanding doa pengampunan ibu bapa. Bagi perkataan yang paling kerap dilakukan kesilapan bacaan pula adalah pada perkataan أتوب iaitu sebanyak 7 kali diikuti dengan perkataan استغفرك sebanyak 6 kali. Ini memberi gambaran bahawa wujudnya kekeliruan penukaran ا yang sepatutnya ditukar kepada ن di bahagian prefiks di mana kedua-duanya adalah versi kata kerja kini.

Item Type: Article
Keyword: Imam , Doa Qunut , Doa keampunan ibu bapa , Kata ganti nama , Bahasa Arab
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > BP1-610 Islam. Bahai Faith. Theosophy, etc. > BP1-253 Islam
P Language and Literature > PJ Oriental languages and literatures > PJ1-(9500) Oriental philology and literature > PJ6001-8517 Arabic > PJ6073-7144 Language
Department: CENTRE > Centre for the Promotion of Knowledge and Language Learning
Depositing User: SAFRUDIN BIN DARUN -
Date Deposited: 21 Jun 2022 08:23
Last Modified: 21 Jun 2022 08:23
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/32879

Actions (login required)

View Item View Item