Kajian logam berat kadmium dan plumbum di dalam Teluk Mengkabong, Sabah

Kavithasan A/L Palanisamy (2006) Kajian logam berat kadmium dan plumbum di dalam Teluk Mengkabong, Sabah. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000000419.pdf

Download (3MB) | Preview

Abstract

Kajian ini memberi fokus kepada kepekatan logam berat kadmium(Cd) dan plumbum(Pb) dalam sedimen di Teluk Mengkabong, Sabah. Sedimen permukaan dari badan air kawasan kajian dikumpul pada bulan Oktober 2005 dan telah dianalisis bagi mendapatkan kepekatan logam berat. Analisis ini dijalankan dengan menggunakan kaedah spektrofotometer serapan atom (AAS). Objektif kajian ini adalah menentukan kepekatan logam berat Cd dan Pb dalam fraksi sedimen < 63µm; membandingkan nilai kepekatan logam berat Cd dan Pb yang diperolehi dengan nilai piawai logam berat yang ditetapkan; membandingkan data yang diperoleh di kawasan kajian ini dengan data dari kawasan kajian lain; serta menyediakan data garis dasar bagi kandungan logam berat terpilih dalam sedimen di te]uk sebagai rujukan masa hadapan. Julat kepekatan logam berat Cd dalam kawasan kajian ini adalah 0.47 µggˉ¹hingga 0.8 µggˉ¹. Manakala, julat kepekatan logam berat Pb pula ialah l0.19 µggˉ¹ hingga 22.77 µggˉ¹ . Kepekatan min kedua•dua logam berat Cd dan Pb yang diperolehi melaJui analsis ini adalah masing-masing 0.62±0.08 µggˉ¹ dan 16.74±4.46 µggˉ¹ Secara keseluruhannya, nilai min kepekatan logam berat Cd dan Pb dalam sedimen di Teluk Mengkabong adalah lebih rendah berbanding kajian-kajian lampau serta mematuhi nilai piawaian yang ditetapkan oleh ANZECC dan Negara Kanada.

Item Type: Academic Exercise
Keyword: Heavy metals, Cadmium, Lead, Sediments of Mengkabong Lagoon, Sabah
Subjects: T Technology > TD Environmental technology. Sanitary engineering
Department: SCHOOL > School of Science and Technology
Depositing User: ADMIN ADMIN
Date Deposited: 05 Jan 2012 12:05
Last Modified: 23 Oct 2017 08:23
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/3288

Actions (login required)

View Item View Item