Sektor tidak formal dan aktiviti ekonomi alternatif di Kota Kinabalu, Sabah: sifat dan kebertahanannya

Jalihah Md Shah and Dzurizah Ibrahim and Jurry Foo @ Jurry F. Michael and Ubong Imang (2021) Sektor tidak formal dan aktiviti ekonomi alternatif di Kota Kinabalu, Sabah: sifat dan kebertahanannya. Journal of Islamic, Social, Economics and Development (JISED), 6. pp. 109-121. ISSN 0128-1755

[img] Text
Sektor tidak formal dan aktiviti ekonomi alternatif di Kota Kinabalu, Sabah.pdf
Restricted to Registered users only

Download (224kB) | Request a copy
[img] Text
Sektor tidak formal dan aktiviti ekonomi alternatif di Kota Kinabalu, Sabah _ABSTRACT.pdf

Download (59kB)

Abstract

Pembangunan yang pesat di bandar raya Kota Kinabalu telah menarik golongan penghijrah dari luar-bandar dan negara jiran iaitu Filipina dan Indonesia untuk mencari sumber rezeki. Keterhadan peluang pekerjaan dalam sektor formal bandar menyebabkan aktiviti ekonomi alternatif dicari bagi memastikan kelangsungan hidup boleh diteruskan. Penjanaan pendapatan menerusi sektor tidak formal merupakan pilihan yang paling kerap diceburi oleh penghuni bandar. Lazimnya, sektor ini dianggap sebagai pilihan pekerjaan terakhir, hanya diceburi oleh penghuni miskin bandar dan berhadapan dengan pelbagai masalah. Meskipun begitu, sektor tidak formal masih menjadi salah satu sumber pendapatan utama isi rumah di bandar. Peningkatan penjaja yang menceburi sektor ini, kemunculan lokasi dan penjaja baharu serta keupayaan penjaja lama bertahan menjadikan sektor ini sebagai salah satu penyumbang pasaran kerja di bandar. Siapakah yang menjana pendapatan menerusi sektor tidak formal? Mengapakah sektor ini terus diceburi dan bagaimanakah ia kekal bertahan? Justeru itu, kertas kerja ini mengenalpasti golongan yang terlibat dalam sektor tidak formal di bandar raya Kota Kinabalu. Selain itu, faktor-faktor yang menyumbang kepada kebertahanan sektor ini turut dibincangkan. Data daripada penyelidikan kualitatif terhadap 10 orang penjaja di sekitar pusat bandar raya ini mendapati sektor ini disertai oleh penduduk daripada latar belakang yang pelbagai. Sektor ini digerakkan oleh warganegara Malaysia dan warga asing yang tinggal sama ada di kawasan setinggan dalam bandar raya Kota Kinabalu mahupun perkampungan pinggir bandar raya ini. Dalam pada itu, keunikan jenis perniagaan, fleksibiliti, lokasi yang strategik dan daya tahan responden sendiri pula telah menjadi antara tunjang kepada sektor ini terus subur dan bertahan.

Item Type: Article
Keyword: Sektor tidak formal , Strategi kebertahanan , Kemiskinan bandar , Imigran
Subjects: H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor > HD28-9999 Industries. Land use. Labor > HD2321-4730.9 Industry > HD2340.8-2346.5 Small and medium-sized businesses, artisans, handicrafts, trades
Department: FACULTY > Faculty of Social Sciences and Humanities
Depositing User: SAFRUDIN BIN DARUN -
Date Deposited: 22 Jun 2022 11:22
Last Modified: 22 Jun 2022 11:22
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/32938

Actions (login required)

View Item View Item