Adat dan ritual kematian masyarakat Suluk di Sandakan menurut pandangan syarak

Saifulazry Mokhtar and Kasoma Thia and Mohd. Taqwudin Mohd. Yazid and Habibah Artini Ramlie and Abang Mohd Razif Abang Muis and Azmin Pullong (2022) Adat dan ritual kematian masyarakat Suluk di Sandakan menurut pandangan syarak. Journal of Islamic, Social, Economics and Development (JISED), 7. pp. 1-17. ISSN 0128-1755

[img] Text
Adat dan ritual kematian masyarakat Suluk di Sandakan menurut pandangan syarak.ABSTRACT.pdf

Download (54kB)
[img] Text
Adat dan ritual kematian masyarakat Suluk di Sandakan menurut pandangan syarak.pdf
Restricted to Registered users only

Download (276kB) | Request a copy

Abstract

Masyarakat Suluk sememangnya kaya dengan adat dan ritual mereka tersendiri yang diwarisi secara turun-temurun daripada generasi mereka yang terdahulu. Adat tradisi ini meliputi beberapa aspek kehidupan harian seperti adat perkahwinan, adat ketika mengandung, adat semasa kelahiran dan juga adat kematian. Pengamalan adat dan ritual kematian masyarakat Suluk di Sandakan, Sabah terdiri daripada adat semasa kematian dan adat selepas kematian. Kajian ini dijalankan adalah bertujuan untuk mengenal pasti adat dan ritual semasa kematian dan selepas kematian yang diamalkan oleh masyarakat Suluk di Sandakan. Selain itu, kajian ini juga melihat pengamalan adat dan ritual kematian tersebut dari kaca mata Islam sebagai satu panduan kepada masyarakat Suluk khususnya dan masyarakat lain amnya dalam pengamalan adat dan ritual yang seumpama dengannya. Kajian ini berbentuk tinjauan yang melibatkan temu bual berstruktur manakala sampel yang dipilih adalah dalam kalangan penduduk veteran serta golongan pemimpin agama yang beragama Islam di Kampung Bokara, Kampung Bahagia dan Kampung Bambangan di Sandakan. Hasil kajian ini mendapati terdapat 15 bentuk adat dan ritual kematian masyarakat Suluk di Sandakan yang terdiri daripada lapan adat semasa berlakunya kematian dan tujuh adat yang diamalkan selepas berlakunya sesuatu kematian. Kajian turut menemui beberapa adat dan ritual yang diamalkan oleh masyarakat Suluk di Sandakan yang sejajar dengan ajaran Islam dan ada juga yang jelas bertentangan dengan kehendak Allah SWT. Kajian ini diharapkan agar dapat memberikan sedikit pencerahan dan perkongsian ilmu berkaitan dengan adat kematian sebenar yang dituntut oleh agama Islam.

Item Type: Article
Keyword: Adat dan ritual , Kematian , Masyarakat Suluk , Sandakan
Subjects: D World History and History Of Europe, Asia, Africa, Australia, New Zealand, Etc. > DS Asia > DS1-937 History of Asia > DS520-560.72 Southeast Asia > DS591-599 Malaysia. Malay Peninsula. Straits Settlements > DS597.22-599 Local history and description > DS597.33-597.34 Sabah. British North Borneo
H Social Sciences > HM Sociology (General) > HM(1)-1281 Sociology > HM621-656 Culture
Department: CENTRE > Centre for the Promotion of Knowledge and Language Learning
Depositing User: DG MASNIAH AHMAD -
Date Deposited: 23 Jun 2022 19:40
Last Modified: 23 Jun 2022 19:40
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/32960

Actions (login required)

View Item View Item