Signifikasi hubungan etnik rentas agama dan budaya dalam kalangan pelajar ke arah mencapai matlamat pembangunan mampan (SDGs)

Habibah @ Artini Ramlie and Saifulazry Mokhtar and Mohd. Sohaimi Esa and Jamsari Hashim (2022) Signifikasi hubungan etnik rentas agama dan budaya dalam kalangan pelajar ke arah mencapai matlamat pembangunan mampan (SDGs). International Journal of Education, Psychology and Counselling (IJEPC), 7. pp. 1-17. ISSN 0128-164X

[img] Text
Signifikasi hubungan etnik rentas agama dan budaya dalam kalangan pelajar ke arah mencapai matlamat pembangunan mampan (SDGs).abstract.pdf

Download (98kB)
[img] Text
SIGNIFIKASI HUBUNGAN ETNIK RENTAS AGAMA DAN BUDAYA DALAM KALANGAN PELAJAR KE ARAH MENCAPAI MATLAMAT PEMBANGUNAN MAMPAN (SDGs).pdf
Restricted to Registered users only

Download (521kB) | Request a copy

Abstract

Sustainable Development Goals (SDGs) atau Matlamat Pembangunan Mampan dilancarkan dalam Perhimpunan Agung PBB pada tahun 2015. Tujuannya adalah untuk mencapai pembangunan mampan bersifat holistik menjelang tahun 2030 ke arah kesejahteraan masyarakat global. Prinsip SDGs adalah ‘Leave No One Behind’ dengan 17 matlamat utama. SDGs penting untuk dilaksanakan kerana ia berpaksikan hak-hak asasi manusia yang menjurus kepada pembangunan sosial, ekonomi dan persekitaran. Kajian ini bertujuan untuk membincangkan kaitan secara umum di antara dua matlamat SDGs iaitu matlamat pendidikan (matlamat ke-4) dan matlamat keamanan (matlamat ke-16) dengan aspek hubungan etnik rentas agama dan budaya dalam kalangan pelajar. Penelitian adalah secara kualitatif dengan menggunakan kaedah analisis kandungan beberapa penulisan dan kajian berkaitan. Kajian ini juga bertujuan untuk meninjau pengalaman interaksi pelajar di sekolah dalam aspek hubungan etnik rentas agama dan budaya menggunakan kaedah kuantitatif. Data dianalisis dengan teknik SPSS terhadap soal selidik yang dijawab oleh 207 orang peserta kajian bagi membolehkan pengkaji memahami dengan lebih mendalam terhadap isu yang dikaji. Dengan adanya kajian ini, satu penelitian awal terhadap signifikasi hubungan etnik rentas agama dan budaya dalam kalangan pelajar di sekolah dapat dihasilkan menerusi usaha mengetengahkan kepentingan kesepaduan antara aspek pendidikan dan keharmonian hubungan etnik rentas agama dan budaya pada peringkat persekolahan ke arah mencapai matlamat SDGs.

Item Type: Article
Keyword: Matlamat pembangunan mampan , Agama , Budaya , Hubungan etnik , Pelajar , Sekolah
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BL Religion > BL1-2790 Religions. Mythology. Rationalism > BL1-50 Religion (General)
D World History and History Of Europe, Asia, Africa, Australia, New Zealand, Etc. > DS Asia > DS1-937 History of Asia > DS520-560.72 Southeast Asia > DS591-599 Malaysia. Malay Peninsula. Straits Settlements > DS597.22-599 Local history and description > DS597.33-597.34 Sabah. British North Borneo
H Social Sciences > HM Sociology (General) > HM(1)-1281 Sociology > HM621-656 Culture
L Education > L Education (General) > L7-991 Education (General)
Department: FACULTY > Faculty of Islamic Studies
Depositing User: DG MASNIAH AHMAD -
Date Deposited: 29 Jun 2022 10:07
Last Modified: 29 Jun 2022 10:07
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/32965

Actions (login required)

View Item View Item