Analisis persamaan dan perbezaan prinsip komunikasi dalam kitab Al-quran dan Veda

Saifulazry Mokhtar and Habibah @ Artini Ramlie and Junaidah Januin and Esther Jawing and Abang Mohd Razif Abang Muis (2022) Analisis persamaan dan perbezaan prinsip komunikasi dalam kitab Al-quran dan Veda. International Journal of Education, Psychology and Counselling, 7. pp. 152-165. ISSN 0128-164X

[img] Text
Analisis persamaan dan perbezaan prinsip komunikasi dalam kitab Al-quran dan Veda.ABSTRACT.pdf

Download (54kB)
[img] Text
ANALISIS PERSAMAAN DAN PERBEZAAN PRINSIP KOMUNIKASI DALAM KITAB AL-QURAN DAN VEDA.pdf
Restricted to Registered users only

Download (398kB) | Request a copy

Abstract

Disiplin ilmu komunikasi muncul sebagai satu subjek akademik di Barat dan agak lambat berkembang dalam perspektif Islam. Kitab suci al-Quran dan Kitab Veda sebenarnya banyak mengutarakan pendekatan komunikasi yang berkesan, namun tidak banyak dikaji. Justeru, pengkaji dapati bahawa kurangnya pengetahuan dalam prinsip komunikasi Islam dan Veda menyebabkan penghayatannya tidak menyeluruh dalam kehidupan. Pengkaji mengeluarkan beberapa prinsip komunikasi yang terdapat di dalam al-Quran dan kitab Veda sebagai panduan kepada pembangunan masyarakat Islam dan Buddha. Kajian ini menyumbang dapatan baharu dengan mempersembahkan satu perbandingan di antara prinsip komunikasi Islam dalam al-Quran dan prinsip komunikasi yang terdapat dalam Lapan Jalan Mulia menerusi kitab Veda. Beberapa persamaan di antara kedua-dua bentuk prinsip komunikasi tersebut akan diutarakan dalam kajian ini dan berdasarkan kepada ayat-ayat suci al-Quran dan istilah yang terdapat dalam kitab Veda. Dapatan utama dalam kajian ini ialah terdapat empat persamaan prinsip komunikasi Islam dan Buddha serta sepuluh perbezaan prinsip komunikasi antara kedua-dua kitab tersebut. Justeru, dapatan daripada kajian ini dapat memberi sumbangan baharu kepada bidang ilmu komunikasi dengan menonjolkan signifikan prinsip komunikasi Islam dan Buddha yang lebih efektif dalam kehidupan. Pengkaji berharap agar dapatan ini dapat membantu masyarakat Islam dan Buddha supaya lebih teliti dalam menutur kata-kata agar kehidupan bermasyarakat lebih aman dan harmoni sejajar dengan masyarakat majmuk di Malaysia.

Item Type: Article
Keyword: Persamaan prinsip komunikasi , Perbezaan prinsip komunikasi , Prinsip komunikasi , Al-quran , Kitab veda
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > BP1-610 Islam. Bahai Faith. Theosophy, etc. > BP1-253 Islam > BP100-(157) Sacred books > BP100-134 Koran
B Philosophy. Psychology. Religion > BQ Buddhism > BQ1-9800 Buddhism > BQ1001-1045 Buddhist literature
P Language and Literature > P Philology. Linguistics > P1-1091 Philology. Linguistics > P87-96 Communication. Mass media
Department: CENTRE > Centre for the Promotion of Knowledge and Language Learning
Depositing User: DG MASNIAH AHMAD -
Date Deposited: 23 Jun 2022 20:12
Last Modified: 23 Jun 2022 20:12
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/32968

Actions (login required)

View Item View Item