Keberkesanan pendidikan kesukarelawanan dalam kalangan pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) ke arah memperkasakan nilai-nilai insaniah

Mohamad Basri Jamal and Khairul Gufran Kaspin and Norshahrul Marzuki Mohd Nor and Mazdi Marzuki and Muhammad Hasbi Abdul Rahman and Habibah @ Artini Ramlie (2021) Keberkesanan pendidikan kesukarelawanan dalam kalangan pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) ke arah memperkasakan nilai-nilai insaniah. International Journal of Education, Psychology and Counselling, 6. pp. 208-222. ISSN 0128-164X

[img] Text
Keberkesanan pendidikan kesukarelawanan dalam kalangan pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) .ABSTRACT.pdf

Download (55kB)
[img] Text
Keberkesanan pendidikan kesukarelawanan dalam kalangan pelajar universiti pendidikan sultan idris (upsi) ke arah memperkasakan nilai-nilai insan.pdf
Restricted to Registered users only

Download (491kB) | Request a copy

Abstract

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah melancarkan Projek Sukarelawan Universiti Awam pada tahun 2017. Program Kesukarelawanan bermatlamat memberi pendedahan serta latihan kepada mahasiswa bagi meningkatkan kemahiran insaniah, jati diri dan tahap keperihatinan mahasiswa terhadap persekitaran mereka. Menyedari pentingnya pendidikan kesukarelawanan dalam diri mahasiswa dapat memupuk nilai-nilai murni terhadap masyarakat selaras dengan hasrat KPM untuk merakyatkan universiti, kajian ini dilakukan untuk mengetengahkan kepentingan aktiviti dan pendidikan kesukarelawanan dalam meningkatkan kemahiran insaniah dalam diri mahasiswa Universiti Pendidikan Sultan Idris. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif iaitu temubual, kajian kepustakaan dan analisis kandungan. Terdapat tiga objektif dalam kajian ini. Pertama, meningkatkan kefahaman berkenaan definisi sukarela, sukarelawan dan kesukarelawanan. Kedua, membincangkan bagaimana aktiviti kesukarelawanan dapat meningkatkan kemahiran insaniah dalam diri mahasiswa. Ketiga, mengenalpasti kerelevanan pendidikan kesukarelawanan terhadap masa depan mahasiswa. Hasil kajian mendapati melalui pendidikan dan aktiviti kesukarelawanan dapat meningkatkan kemahiran insaniah dalam diri mahasiswa seperti kemahiran berkomunikasi, kemahiran membina hubungan dan kemahiran kerja berpasukan. Manakala menjadi sukarelawan dapat memupuk sikap saling membantu sesama manusia, tolong menolong, kasih sayang, ikhlas dan menguatkan jati diri.

Item Type: Article
Keyword: Sukarela , Kesukarelawanan , Khidmat sosial , Mahasiswa , Kemahiran insaniah
Subjects: L Education > LC Special aspects of education > LC8-6691 Special aspects of education > LC980-1099.5 Types of education > LC1037-1037.8 Career education
Department: CENTRE > Centre for the Promotion of Knowledge and Language Learning
Depositing User: DG MASNIAH AHMAD -
Date Deposited: 08 Jul 2022 14:51
Last Modified: 08 Jul 2022 14:51
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/32987

Actions (login required)

View Item View Item