Impak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan strategi pemulihan sektor pelancongan pasca pandemik Covid-19 di Malaysia

Rosazman Hussin and Jabil Mapjabil and Jalihah Md Shah and Ayesah Uy Abubakar and Nor-Ina Kanyo and Andreas Pingking and Dayang Siti Noorafidah Datu Nordin and Slamet Rosyad (2021) Impak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan strategi pemulihan sektor pelancongan pasca pandemik Covid-19 di Malaysia. Journal of Islamic, Social, Economics and Development (JISED), 6. pp. 99-113. ISSN 0128-1755

[img] Text
Impak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan strategi pemulihan sektor pelancongan pasca pandemik Covid-19 di Malaysia.pdf
Restricted to Registered users only

Download (313kB)
[img] Text
Impak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan strategi pemulihan sektor pelancongan pasca pandemik Covid-19 di Malaysia _ABSTRACT.pdf

Download (63kB)

Abstract

Artikel ini bertujuan untuk membincangkan tentang impak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan strategi pelan pemulihan sektor pelancongan berasaskan komuniti pasca pandemik COVID-19 terutamanya di Malaysia dan pengalaman negara luar. Penularan COVID-19 telah memaksa pemerintah di Malaysia untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di seluruh negara bermula pada 18 Mac 2020. Perlaksanaan PKP telah menjejaskan banyak sektor sosio-ekonomi dan politik termasuk sektor pelancongan. Sehubungan itu, timbul persoalan mengenai langkah yang diambil atau strategi untuk memulihkan semula sektor pelancongan di Malaysia agar dapat beroperasi seperti sedia kala. Justeru, pendekatan utama kajian ini adalah kualitatif yang bersandarkan sumber data sekunder. Data sumber sekunder adalah daripada artikel jurnal, buku rujukan akademik dan berita akhbar dalam talian digunakan dengan meluas dalam penulisan ini. Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa bencana pandemik COVID-19 telah memberi kesan negatif yang drastik ke atas sektor pelancongan di Malaysia dan di negara lain di peringkat global. Berdasarkan penelitian terhadap pengalaman negara lain di dunia untuk memulihkan sektor pelancongan, dapatan kajian ini merumuskan bahawa strategi utama pemulihan adalah melalui peranan proaktif pihak kerajaan termasuk di Malaysia. Antara strategi dan tindakan segera yang boleh diambil oleh pihak kerajaan termasuklah membantu para pengusaha dan syarikat pelancongan kecil dan hotel melalui bantuan insentif atau pinjaman; melonggarkan sekatan pergerakan apabila keadaan wabak pendemik COVID-19 menurun dan menggalakkan pelancongan domestik.

Item Type: Article
Keyword: Perintah Kawalan Pergerakan , PKP , Impak pandemik Covid-19 , Strategi pemulihan , Pelancongan
Subjects: G Geography. Anthropology. Recreation > G Geography (General). Atlases. Maps > G1-922 Geography (General) > G149-180 Travel. Voyages and travels (General) > G154.9-155.8 Travel and state. Tourism
Department: FACULTY > Faculty of Social Sciences and Humanities
Depositing User: SAFRUDIN BIN DARUN -
Date Deposited: 08 Jul 2022 15:04
Last Modified: 08 Jul 2022 15:04
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/32989

Actions (login required)

View Item View Item