Elemen transformatif dan akulturasi diri dari pengalaman tahun pertama pengajian di universiti awam Malaysia sebagai wasilah prestasi pencapaian akademik pelajar antarabangsa

Irma Wani Othman and Mohd Kamal Mohd Shah and Muhammad Safuan Yusoff and Mohd. Sohaimi Esa and Romzi Ationg and Habibah @ Artini Ramlie and Muhammad Hasbi Abdul Rahman (2021) Elemen transformatif dan akulturasi diri dari pengalaman tahun pertama pengajian di universiti awam Malaysia sebagai wasilah prestasi pencapaian akademik pelajar antarabangsa. International Journal of Education, Psychology and Counselling, 6. pp. 29-55. ISSN 0128-164X

[img] Text
Elemen transformatif dan akulturasi diri dari pengalaman tahun pertama pengajian di universiti awam Malaysia .ABSTRACT.pdf

Download (58kB)
[img] Text
ELEMEN TRANSFORMATIF DAN AKULTURASI DIRI DARI PENGALAMAN TAHUN PERTAMA PENGAJIAN DI UNIVERSITI AWAM MALAYSIA.pdf
Restricted to Registered users only

Download (492kB) | Request a copy

Abstract

Aspek akademik memainkan peranan vital sebagai elemen transformatif yang berperanan membawa perubahan ke dalam kehidupan setiap individu. Antara matlamat utama pelajar menyambung pengajian di luar negara ialah bagi memperoleh pendidikan berkualiti tinggi. Pengalaman tahun pertama dianggap fasa penting melibatkan asimilasi diri, perubahan emosi, kejutan budaya dan nilai sosial yang mampu mempengaruhi pencapaian akademik pelajar antarabangsa. Perbincangan kertas kerja ini memperincikan faktor yang menyumbang kepada perbezaan pengalaman tahun pertama lebih bermakna dengan membandingkan proses asimilasi diri dan pencapaian akademik pelajar antarabangsa. Pendekatan kaedah kualitatif yang menggunakan teknik persampelan bertujuan telah melibatkan temu bual mendalam ke atas 40 orang pelajar antarabangsa dari empat buah universiti awam Malaysia. Hasil dapatan kajian menjana kefahaman refleksi diri berhubung sifat semula jadi golongan pelajar antarabangsa yang diterjemahkan melalui selektif naratif curahan perasaan, menggambarkan keterujaan, keinginan dan pengharapan mereka. Penemuan baru bagi kajian ini mengaitkan elemen transformasi dan asimilasi diri pelajar yang mempunyai kesalinghubungan dengan (i) Reputasi universiti awam Malaysia sebagai sebuah destinasi pengajian berprestij, (ii) Kualiti sistem pendidikan tinggi bersifat lebih komprehensif dan ‘versatile’, (iii) Fleksibiliti dan dinamika program akademik yang ditawarkan, (iv) Program pengajian berciri kontemporari dan ‘market driven’, dan (v) Nilai tambah penguasaan Bahasa Inggeris sebagai kaedah pembelajaran dan pengajaran. Tuntasnya, perkongsian data empirikal kajian ini diharap berupaya menjadi maklumat berguna kepada pihak pengurusan sumber manusia universiti yang mempunyai kebergantungan tinggi di atas enrolmen pelajar antarabangsa. Usaha ini seiring dengan Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara (PSPTN) yang digubal dengan visi mentransformasikan Malaysia menjadi sebuah hab kecemerlangan pendidikan tinggi di persada antarabangsa.

Item Type: Article
Keyword: Asimilasi diri , Pencapaian akademik , Pengalaman tahun pertama , Pelajar antarabangsa , Universiti awam Malaysia
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education > LB5-3640 Theory and practice of education > LB1025-1050.75 Teaching (Principles and practice)
L Education > LB Theory and practice of education > LB5-3640 Theory and practice of education > LB2300-2430 Higher education > LB2326.4-2330 Institutions of higher education
Department: CENTRE > Centre for the Promotion of Knowledge and Language Learning
Depositing User: DG MASNIAH AHMAD -
Date Deposited: 08 Jul 2022 15:55
Last Modified: 08 Jul 2022 15:55
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/33001

Actions (login required)

View Item View Item