Faktor penghalang poligami: Kajian kes ke atas guru-guru lelaki di daerah Kinabatangan, Sabah

Saifulazry Mokhtar and Mohd Zaidi Mustafa and Kasoma Thia and Mohd Maziz al-Hadi Moharam and Habibah Artini Ramlie (2020) Faktor penghalang poligami: Kajian kes ke atas guru-guru lelaki di daerah Kinabatangan, Sabah. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 5. pp. 137-148. ISSN 2504-8562

[img] Text
Faktor penghalang poligami, Kajian kes ke atas guru-guru lelaki di daerah Kinabatangan, Sabah.ABSTRACT.pdf

Download (58kB)
[img] Text
Faktor Penghalang Poligami, Kajian Kes Ke Atas Guru-Guru Lelaki di Daerah Kinabatangan, Sabah.pdf
Restricted to Registered users only

Download (1MB) | Request a copy

Abstract

Poligami merupakan syariat Islam yang sering disalah ertikan oleh masyarakat. Ini menyebabkan poligami semakin menjadi dagang dalam kalangan umat Islam, bahkan mereka yang terlibat dengan poligami dipalit dengan pelbagai tuduhan liar yang menggambarkan kebuasan nafsu, kezaliman kepada wanita, penderaan mental kepada anak-anak, punca keruntuhan rumahtangga, pengamalan sihir dan sebagainya. Kajian ini dijalankan bertujuan untuk melihat pandangan guru-guru lelaki di daerah Kinabatangan, Sabah terhadap amalan berpoligami serta mengenal pasti faktor penghalang dalam mengaplikasi poligami dalam kehidupan. Seramai 64 orang guru lelaki yang dipilih berdasarkan kemampuan, minat dan pandangan kritikal kepada poligami serta kesediaan mereka untuk memberikan kerjasama sepenuhnya. Kajian ini telah menggunakan kaedah kualitatif dengan memfokus kepada temubual dengan responden dipilih. Dapatan kajian menunjukkan terdapat dua faktor utama yang menjadi penghalang kepada guru-guru lelaki di daerah Kinabatagan untuk melaksanakan poligami iaitu faktor dalaman dan faktor luaran. Faktor dalaman lebih mendominasi guru-guru lelaki berbanding faktor luaran. Bagi merealisasikan hasrat poligami ini, pelbagai pihak perlu memainkan peranan dalam meyakinkan lelaki khususnya untuk berpoligami agar ia diterima baik oleh masyarakat.

Item Type: Article
Keyword: Poligami , Guru lelaki , Faktor dalaman dan luaran
Subjects: H Social Sciences > HQ The family. Marriage. Woman > HQ1-2044 The Family. Marriage. Women > HQ1088-1090.7 Men
H Social Sciences > HQ The family. Marriage. Woman > HQ1-2044 The Family. Marriage. Women > HQ503-1064 The family. Marriage. Home > HQ981-996 Polygamy
Department: CENTRE > Centre for the Promotion of Knowledge and Language Learning
Depositing User: DG MASNIAH AHMAD -
Date Deposited: 19 Jul 2022 15:44
Last Modified: 19 Jul 2022 15:44
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/33015

Actions (login required)

View Item View Item