Adi Jafar and Nordin Sakke and Mohammad Tahir Mapa and Fionna Geogre and Molia Sebi Dinggai (2021) Adaptasi masyarakat terhadap bahaya banjir: kajian kes Kg. Bekalau, Beaufort, Sabah, Malaysia. Geografi, 9. pp. 61-85. ISSN 2289-4470 (P-ISSN) , 2462-2400 (E-ISSN)
Text
Adaptasi masyarakat terhadap bahaya banjir_ kajian kes Kg. Bekalau, Beaufort, Sabah, Malaysia.pdf Restricted to Registered users only Download (832kB) | Request a copy |
|
Text
Adaptasi masyarakat terhadap bahaya banjir_ kajian kes Kg. Bekalau, Beaufort, Sabah, Malaysia _ABSTRACT.pdf Download (63kB) |
Abstract
Risiko berhadapan dengan bahaya banjir semakin meningkat seiring dengan pertambahan jumlah populasi penduduk di kawasan dataran banjir dari semasa ke semasa. Namun demikian, demi meneruskan kelangsungan hidup, masyarakat dataran banjir khususnya di Daerah Beaufort melakukan strategi adaptasi dengan harapan untuk membentuk daya tahan (resilience) ketika berhadapan dengan bencana tersebut. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti strategi adaptasi yang diaplikasikan oleh penduduk di dataran banjir Beaufort dan menilai keberkesanan strategi adaptasi tersebut dalam mengurangkan risiko kerugian akibat banjir. Oleh hal demikian, seramai 30 orang penduduk Kg. Bekalau telah dijadikan sampel kajian untuk menjawab borang soal selidik yang telah disediakan. Data mentah yang diperoleh melalui edaran borang soal selidik seterusnya dianalisis secara deskriptif menggunakan analisis tabulasi silang dan frekuensi. Analisis kajian ini mendapati terdapat beberapa jenis strategi adaptasi yang diaplikasikan oleh Penduduk Kg. Bekalau dalam menghadapi bahaya banjir seperti membina rumah berkolong (100%), memiliki sampan (93%), membina loteng (20%) dan bendul pintu (3.3%). Pembinaan rumah berkolong setinggi tiga hingga 12 kaki antaranya mampu mengurangkan risiko kerugian ekonomi. Buktinya, semasa tragedi banjir terbesar berlaku lebih separuh (63.3%) daripada jumlah keseluruhan responden hanya mengalami kerugian ekonomi pada tahap ringan. Selebihnya lagi (36.6%) tidak mengalami sebarang bentuk kerugian ekonomi. Pemilikan sampan pula mampu meningkatkan ketersampaian penduduk ke kawasan lain semasa banjir. Lebih separuh (53.3%) daripada jumlah responden didapati tidak mengalami masalah terkandas keluar rumah walaupun kedalaman banjir mencecah dua meter. Hasil kajian ini amat penting sebagai sumber maklumat sokongan kepada pihak pemegang taruh dalam memperkasakan pengurusan bencana banjir khususnya di kawasan dataran banjir.
Item Type: | Article |
---|---|
Keyword: | Strategi adaptasi , Daya tahan , Risiko banjir , Bahaya banjir , Dataran banjir |
Subjects: | G Geography. Anthropology. Recreation > GB Physical geography > GB3-5030 Physical geography > GB5000-5030 Natural disasters |
Department: | FACULTY > Faculty of Social Sciences and Humanities |
Depositing User: | SAFRUDIN BIN DARUN - |
Date Deposited: | 08 Jul 2022 16:47 |
Last Modified: | 08 Jul 2022 16:47 |
URI: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/33022 |
Actions (login required)
View Item |