Mohd Nazmi Mohd Khalli and Suraya Sintang and Syamsul Azizul Marinsah (2020) Rahmatan Lil ‘Alamin: Kerangka konsep keharmonian di Malaysia. Sains Insani, 5 (2). pp. 32-42. ISSN 0127-7871
Text
Rahmatan Lil ‘Alamin, Kerangka konsep keharmonian di Malaysia.ABSTRACT.pdf Download (59kB) |
|
Text
Rahmatan Lil ‘Alamin, Kerangka Konsep Keharmonian Di Malaysia.pdf Restricted to Registered users only Download (347kB) | Request a copy |
Abstract
Sensitiviti agama seringkali menjadi cabaran utama dalam mencapai sebuah keharmonian negara. Apatah lagi seringkali dipaparkan melalui media berlakunya ekstrimis dan kesalahfahaman antara agama mahupun bangsa yang kemudiannya memberi satu impak prasangka dan prejudis antara masyarakat. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk membawa satu pencerahan melalui konsep Rahmatan Lil ‘Alamin sebagai platform yang digunakan untuk merangka keharmonian dalam kepelbagaian masyarakat di Malaysia. Melalui konsep dan gagasan Rahmatan Lil ‘Alamin ini bukanlah suatu yang baru diketengahkan malah ia telah lama diamalkan. Metode kajian ini adalah berdasarkan analisis kandungan teks (content analysis) yang diolah daripada perspektif Islam, historis dan falsafah bagi menjelaskan kerangka konseptual keharmonian yang dibina daripada gagasan Rahmatan Lil ‘Alamin. Berdasarkan kajian ini, hubungan masyarakat Malaysia masih terkawal walau banyak cabarannya dalam mengecapi keharmonian tersebut. Hal ini kerana sikap toleransi sesama masyarakat masih diketengahkan sebagaimana konsep Rahmatan Lil ‘Alamin. Jangkaa kajian akan menghasilkan satu kerangka konseptual keharmonian dalam konteks Malaysia yang diperincikan daripada perbahasan tentang gagasan Rahmatan Lil ‘Alamin daripada pelbagai perspektif dan amalannya di Malaysia. Dengan adanya kajian ini, hubungkait antara keharmonian dan Rahmatan Lil ‘Alamin dapat dihasilkan yang boleh diguna pakai sebagai satu dasar kerajaan demi melestarikan masyarakat plural yang harmoni di Malaysia.
Item Type: | Article |
---|---|
Keyword: | Sensitiviti agama , Kesalahfahaman , Rahmatan Lil ‘Alamin , Keharmonian , Kepelbagaian. |
Subjects: | B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > BP1-610 Islam. Bahai Faith. Theosophy, etc. > BP1-253 Islam > BP1-68 General H Social Sciences > HM Sociology (General) > HM(1)-1281 Sociology > HM621-656 Culture |
Department: | CENTRE > Centre for the Promotion of Knowledge and Language Learning |
Depositing User: | DG MASNIAH AHMAD - |
Date Deposited: | 20 Jul 2022 08:21 |
Last Modified: | 20 Jul 2022 08:21 |
URI: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/33023 |
Actions (login required)
View Item |