Vivianna Selvister Guntalun (2007) Pencarian kimia produk kacang soya. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)
|
Text
ae0000000432.pdf Download (2MB) | Preview |
Abstract
Komponen protein soya terdiri daripada 7S dan 11S. Kaedah yang digunakan dalam kajian ini adalah kaedah Soxhlet dan RP-HPLC. Kandungan lemak dalam sampel soya diekstrak dengan menggunakan kaedah Soxhlet dimana pelarutnya adalah merupakan nheksana dan dijalankan pada suhu bilik. Pengekstrakan lemak dengan kaedah ini menunjukkan bahawa kandungan lemak pada soya tulen adalah sebanyak 2.056% dan kandungan lemak pada sampel tepung susu soya keluaran syarikat Cosway adalah sebanyak 1.724%. Peratusan ini menunjukkan bahawa kadar lemak dalam kacang soya tulen adalah lebih tinggi berbanding dengan soya yang sudah diproses dikilang. Kaedah analisis protein soya dijalankan dengan menggunakan alat Fasa Berbalik-Kromatografi Cecair Tekanan Tinggi (RP-HPLC). Kaedah pemisahan yang digunakan adalah dalam suhu bilik, kadar aliran sebanyak 0.5 ml/min dan fasa A: 10% air serta fasa B: 90% ACN. Dengan menggunakan kaedah ini, pencirian kimia protein soya dapat dianalisis berdasarkan kepada puncak dalam kromatogram. Kromatogram hasil daripada analisis sampel menunjukkan kehadiran protein 7S dan 11S. Puncak-puncak minoriti yang terdapat dalam kromatogram adalah menunjukkan kehadiran bendasing ataupun kekotoran pada sampel yang dianalisis. Walaubagaimanapun puncak minor yang terdapat dalam kromatogram sampel tepung susu soya keluaran Cosway adalah merujuk kepada bahan tambahan seperti vitamin dan asid amino. Kaedah ini digunakan untuk menguji dua jenis sampel soya iatu sampel serbuk soya tulen dan sampel tepung susu soya keluaran syarikat Cosway.
Item Type: | Academic Exercise |
---|---|
Keyword: | Soy protein, Soybean, Soybean protein, Soy powder, Soymilk powder from Cosway |
Subjects: | T Technology > TP Chemical technology > TP1-1185 Chemical technology > Food processing and manufacture |
Department: | SCHOOL > School of Science and Technology |
Depositing User: | ADMIN ADMIN |
Date Deposited: | 10 Jan 2012 17:09 |
Last Modified: | 23 Oct 2017 08:23 |
URI: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/3307 |
Actions (login required)
View Item |