Saifulazry Mokhtar and Irma Wani Othman and Romzi Ationg and Mohd Sohaimi Esa (2021) Implementasi dakwah terhadap etnik Sungai di Sabah: Satu analisis awal. Journal of Islamic, Social, Economics and Development (JISED), 6. pp. 79-100. ISSN 2289-2559
Text
Implementasi dakwah terhadap etnik Sungai di Sabah, Satu analisis awal.ABSTRACT.pdf Download (54kB) |
|
Text
IMPLEMENTASI DAKWAH TERHADAP ETNIK SUNGAI DI SABAH.pdf Restricted to Registered users only Download (233kB) | Request a copy |
Abstract
Kepelbagaian etnik di Malaysia menunjukkan munculnya aneka adat dan budaya yang berbeza dalam kalangan masyarakat. Setiap etnik mempunyai adat dan ritual tersendiri dalam kehidupan mereka sama ada ia sejajar dengan kehendak Islam ataupun sebaliknya. Sebagai seorang pendakwah, kita seharusnya menggunakan implementasi dakwah yang penuh berhikmah agar seruan Islam yang dibawa mendapat tempat di hati mereka. Salah satu dari indikator kejayaan aktiviti dakwah adalah dengan mempunyai pengetahuan awal berkaitan landskap kehidupan mereka termasuklah etnik Sungai. Walaupun jumlah populasi mereka tidaklah seramai etnik yang lain, namun tanggungjawab menyeru mereka kepada Islam tidak boleh disisihkan. Justeru, kajian ini bertujuan untuk melihat landskap kehidupan etnik Sungai, reaksi etnik Sungai terhadap ajaran Islam, faktor-faktor etnik Sungai memeluk Islam dan implementasi dakwah yang sesuai dilaksanakan terhadap etnik Sungai di Sabah. Kajian ini menggunakan metode kualitatif dengan merujuk kajian lepas berkaitan dengan etnik Sungai serta menjalankan temu bual semi sturktur terhadap sembilan individu yang berbangsa Sungai sebagai pendokong kepada fakta yang diperolehi. Dapatan kajian mendapati kaedah mendekati etnik Sungai dengan penuh hikmah seperti mendalami landskap kehidupan seharian mereka, mujadalah, dakwah bil lisan dan dakwah Am merupakan implementasi dakwah yang berkesan. Kaedah pendekatan dakwah yang sesuai dapat menarik minat etnik Sungai untuk mendalami agama Islam dengan lebih mendalam.
Item Type: | Article |
---|---|
Keyword: | Implementasi dakwah , Dakwah , Etnik Sungai , Sabah |
Subjects: | B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > BP1-610 Islam. Bahai Faith. Theosophy, etc. > BP1-253 Islam > BP1-68 General D World History and History Of Europe, Asia, Africa, Australia, New Zealand, Etc. > DS Asia > DS1-937 History of Asia > DS520-560.72 Southeast Asia > DS591-599 Malaysia. Malay Peninsula. Straits Settlements > DS597.22-599 Local history and description > DS597.33-597.34 Sabah. British North Borneo |
Department: | CENTRE > Centre for the Promotion of Knowledge and Language Learning |
Depositing User: | DG MASNIAH AHMAD - |
Date Deposited: | 20 Jul 2022 10:56 |
Last Modified: | 20 Jul 2022 10:56 |
URI: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/33089 |
Actions (login required)
View Item |