Prospek pengajaran dan pembelajaran online sepanjang tempoh PKP pandemik covid-19 di Sandakan

Saifulazry Mokhtar and Kasoma Thia and Irma Wani Othman and Mohd Maziz al-Hadi (2021) Prospek pengajaran dan pembelajaran online sepanjang tempoh PKP pandemik covid-19 di Sandakan.

[img] Text
Prospek pengajaran dan pembelajaran online sepanjang tempoh PKP pandemik covid-19 di Sandakan.abstarct.pdf

Download (57kB)
[img] Text
Prospek Pengajaran dan Pembelajaran Online Sepanjang Tempoh PKP Pandemik Covid-19 di Sandakan.pdf
Restricted to Registered users only

Download (214kB) | Request a copy

Abstract

Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) adalah satu proses rutin dalam kancah Pendidikan untuk memastikan pelajar-pelajar dapat menuntut ilmu pengetahuan. Implementasi proses pengajaran ini perlu diteruskan dalam apa jua situasi yang melanda bagi melahirkan generasi terbilang pada masa akan datang. Walaupun pada ketika ini seluruh negara menggalami kesan pandemik Covid-19, namun proses Pengajaran dan Pembelajaran tetap diteruskan menerusi kaedah online. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk meninjau prospek Pengajaran dan Pembelajaran Online sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan pandemik Covid-19 di Sandakan, Sabah. Selain itu, kajian ini turut mengenal pasti cabaran dan halangan dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran Online ketika fenomena Covid-19 di Sandakan dalam kalangan guru dan ibu bapa. Justeru, kajian ini turut menjustifikasi signifikan kaedah Pengajaran dan Pembelajaran Online sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ketika berlakunya penularan Covid-19 bagi pelajar-pelajar yang kekal di rumah dalam mematuhi arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang disarankan oleh kerajaan Malaysia. Walaupun kaedah Pengajaran dan Pemudahcaraan (PdPc) normal berlaku dalam bilik darjah, namun dalam menangani virus ini kaedah PdPc perlu diubah selaras dengan Pembelajaran Abad Ke-21 (PAK-21). Saranan oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), walaupun dalam tempoh PKP proses PdP bagi pelajar perlu diteruskan dengan berbantukan Teknologi Maklumat. Pengumpulan data lapangan dijalankan menggunakan metode kualitatif iaitu temu bual. Dengan berbantukan hasil kajian ini, pihak KPM dapat mencari resolusi terbaik bagi memastikan proses Pengajaran dan Pembelajaran untuk semua pelajar dapat diteruskan sekalipun negara menggalami pandemik Covid-19 ataupun pandemik lain yang bakal datang.

Item Type: Proceedings
Keyword: Pengajaran dan pembelajaran , Perintah kawalan pergerakan , Covid-19 , Online , Sandakan
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education > LB5-3640 Theory and practice of education > LB1025-1050.75 Teaching (Principles and practice)
Department: CENTRE > Centre for the Promotion of Knowledge and Language Learning
Depositing User: DG MASNIAH AHMAD -
Date Deposited: 17 Jul 2022 11:45
Last Modified: 17 Jul 2022 11:45
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/33103

Actions (login required)

View Item View Item