Signifikasi prinsip hidup merujuk keterkaitan agama, budaya, amalan kepercayaan dan wawasan dunia secara keseluruhan (worldview): Motif ekspatriasi ahli akademik Islam dalam membina kerjaya Di Malaysia

Irma Wani Othman and Romzi Ationg and Mohd Sohaimi Esa and Mohd Nur Hidayat Hasbollah Hajimin and Abang Mohd Razif Abang Muis (2021) Signifikasi prinsip hidup merujuk keterkaitan agama, budaya, amalan kepercayaan dan wawasan dunia secara keseluruhan (worldview): Motif ekspatriasi ahli akademik Islam dalam membina kerjaya Di Malaysia. International Journal of Law, Government and Communication, 6. pp. 85-103. ISSN 0128-1763

[img] Text
Signifikasi prinsip hidup merujuk keterkaitan agama, budaya, amalan kepercayaan dan wawasan dunia secara keseluruhan (worldview).ABSTRACT.pdf

Download (58kB)
[img] Text
Signifikasi prinsip hidup merujuk keterkaitan agama, budaya, amalan kepercayaan dan wawasan dunia secara keseluruhan (worldview).pdf
Restricted to Registered users only

Download (342kB) | Request a copy

Abstract

Dunia Islam dan signifikasi kerjaya terhadap ahli akademik ekspatriat Muslim mempunyai kesalinghubungan dengan kepercayaan hidup individu untuk menyumbang kepada masyarakat dan agama itu sendiri. Sebagai sebuah negara yang mengiktiraf Islam sebagai agama rasmi Malaysia mempunyai keunikan tersendiri apabila meletakkan penekanan dengan menawarkan program-program pengajian berteraskan konsep keislaman yang berpandukan Al-Quran dan Sunnah. Elemen menghidupkan konsep pembelajaran secara Islam berjaya menarik komuniti ahli akademik ekspatriat Muslim untuk datang bekerja ke Malaysia. Justeru itu kajian ini direka untuk mengenalpasti motif yang dipertimbangkan oleh kelompok ekspatriat Islam apabila memilih destinasi kerjaya di universiti awam Malaysia. Pendekatan kualitatif yang mengutilasikan temu bual mendalam dilakukan ke atas 30 orang ekspatriat Islam yang bertugas di empat universiti awam terpilih negara ini. Dengan mengaplikasikan analisis tematik, hasil dapatan kajian mendapati tiga motif utama yang menjadi pemangkin kedatangan ahli akademik ekspatriat Muslim ke universiti awam Malaysia adalah 1) Prinsip hidup bertunjangkan Islam sebagai agama kepercayaan; 2) Kecenderungan keluarga berada dalam kehidupan majoriti masyarakat Islam dan 3) Kerjaya dalam konteks keistimewaan penawaran konsep program pengajian Islam di universiti awam Malaysia. Penemuan dapatan kajian ini bermanfaat bagi merangka dasar pengantarabangsaan yang berlatarbelakang agama sebagai prinsip pembangunan kerjaya. Hala tuju kajian ini boleh disebarluaskan kepada penumpuan ke atas governan dan polisi universiti bertunjangkan pendidikan tinggi Islam. Kesalinghubungan majoriti masyarakat Malaysia yang beragama Islam mewajarkan universiti awam negara merancang secara strategik dan bersifat kompetitif dalam memastikan pengajian Islam sebagai salah satu komponen yang termaktub dalam agenda pendidikan tinggi negara.

Item Type: Article
Keyword: Pegangan hidup , Agama Islam , Budaya dan amalan kepercayaan , Wawasan dunia secara keseluruhan , Kerjaya ahli akademik
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BF Psychology > BF1-990 Psychology > BF501-505 Motivation
L Education > LB Theory and practice of education > LB5-3640 Theory and practice of education > LB1705-2286 Education and training of teachers and administrators > LB1775-1785 Professional aspects of teaching and school administrators. Vocational guidance
Department: CENTRE > Centre for the Promotion of Knowledge and Language Learning
Depositing User: DG MASNIAH AHMAD -
Date Deposited: 14 Jul 2022 15:48
Last Modified: 14 Jul 2022 15:48
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/33151

Actions (login required)

View Item View Item