Zapiza Hazahlan (2005) Kesan Mikrorhiza ke atas pertumbuhan Solahum Melongene L. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)
|
Text
ae0000000443.pdf Download (2MB) | Preview |
Abstract
Eksperimen ini dijalankan untuk mengkaji kesan mikorhiza terhadap pertumbuhan Solanum melongena L. (terung) dari segi lebar daun, ketinggian pokok, panjang daun, dan bilangan daun. Dua bentuk rawatan dilakukan untuk mendapatkan objektif kajian ini iaitu media bermikorhiza dimana anak pokok diinokulasikan dengan mikorhiza dan mectia kawalan, media yang bebas dari mikorhiza ini. Mikorhiza ini diinokulasi dari akar pokok Paspalum conjugatum dan dijangkitkan pada akar pokok S. melongena. Melalui proses pencerahan dan pewarnaan akar menunjukkan wujudnya mikorhiza pada akar pokok, ini dapat di lihat dengan kehadiran beberapa struktur seperti hifa, arbuskul, vesikul dan spora, mikorhiza yang terdapat pada akar yang dijangkiti dikenal sebagai akar endomikorhiza atau mikorhiza vesikul-arbuskular (VAM) di mana akar ini mempunyai hifa kulat yang menembusi ke dalam sel-sel kortikal akar tumbuhan perumah. Analisis ujian dijalankan dan didapati terdapat perbezaan min yang signifikan di antara pokok kawalan dan pokok bermikorhiza pada aras keertian 0.01 dengan nilai p<O.O1 dari segi lebar daun, ketinggian pokok, panjang daun dan bilangan daun. Keputusan menunjukkan pokok S. melongena yang mempunyai rawatan bermikorhiza mengatasi semua min bagi setiap parameter yang diukur. Kajian ini menunjukkan bahawa mikorhiza memberi kesan yang positif ke atas pertumbuhan pokok S. melongena.
Item Type: | Academic Exercise |
---|---|
Keyword: | Mycorrhizae, Solahum Melongene L., Eggplant |
Subjects: | Q Science > QK Botany > QK1-989 Botany > QK640-(707) Plant anatomy |
Department: | SCHOOL > School of Science and Technology |
Depositing User: | ADMIN ADMIN |
Date Deposited: | 26 Jan 2012 15:47 |
Last Modified: | 23 Oct 2017 08:24 |
URI: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/3316 |
Actions (login required)
View Item |