Analisis enzim fenilalanina ammonia liase dalam anak pokok Vanda dearei

Elda Nurafnie Ibnu Rasid (2007) Analisis enzim fenilalanina ammonia liase dalam anak pokok Vanda dearei. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000000445.pdf

Download (2MB) | Preview

Abstract

Analisis enzim PAL dilakukan dengan mengektrak daun Vanda dearei bagi menentukan variasi elit klon anak pokok. Media Knudson dengan 20% (v/v) air kelapa dijadikan sebagai medium pengkulturan dalam persekitaran 24 jam cerah, pada suhu 25±2°C. Ekstrak daun V. dearei dianalisa dengan menguji aktiviti enzim dan kepekatan protein ditentukan dengan menggunakan kaedah Bradford. Penyediaan ekstrak dilakukan melalui penghomogenan daun dengan 0.5M Tris-Hidroklorik dan 0.01 M 2-Merkaptoetanol. Ujian aktiviti enzim dan penentuan kepekatan protein dilakukan ke atas supernatan yang diperoleh. Penentuan kepekatan enzim dilakukan dengan menggunakan Reagen Bradford dan absorban dicatatkan pada jarak gelombang 595nm. Kepekatan diperoleh dengan merujuk kepada lengkuk piawai BSA. Sebanyak 100 sampel anak pokok V. dearei yang dianalisa. Aktiviti spesifik ditentukan setelah kepekatan dan aktiviti total enzim diperoleh. Daripada 100 sampel tersebut, didapati aktiviti spesifik enzim adalah maksimum pada anak pokok ke-55, 0.2314 U/µg diikuti dengan anak pokok ke-5, 0.21242 U/µg, ke-41, 0.22602 U/µg dan seterusnya ke-34, 0.20335 U/µg. Aktiviti ini dipengaruhi oleh factor persekitaran dan faktor genetik. Data yang diperoleh menunjukkan ada variasi pada aktiviti enzim bagi setiap sampel yang diuji. Variasi klon anak pokok melalui analisis enzim dapat dikenalpasti yang berupaya dalam menghubungkait aktiviti enzim dengan laluan sebatian pewangi sekaligus menentukan anak pokok yang menghasilkan bunga yang wangi bagi kajian seterusnya.

Item Type: Academic Exercise
Keyword: Orchid, Vanda dearei, Knudson media, UV fluorescence light, Bradford method
Subjects: Q Science > QK Botany > QK1-989 Botany > QK710-899 Plant physiology
Department: SCHOOL > School of Science and Technology
Depositing User: ADMIN ADMIN
Date Deposited: 17 Jan 2012 17:38
Last Modified: 23 Oct 2017 08:25
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/3318

Actions (login required)

View Item View Item