Kepekatan minyak dan gris di Sungai Kiulu, Sembulan, Inanam dan Likas

Nurulain Rahmat (2007) Kepekatan minyak dan gris di Sungai Kiulu, Sembulan, Inanam dan Likas. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000000448.pdf

Download (3MB) | Preview

Abstract

Satu kajian mengenai kepekatan minyak dan gris ini telah dijalankan di beberapa sungai di Sabah iaitu Sungai Kiulu, Sembulan, Inanam dan Likas. Selain itu, tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk membandingkan kepekatan minyak dan gris di hulu dan hilir setiap sungai serta antara sungai-sungai kajian. Sebanyak dua buah stesen telah dipilih sebagai stesen hulu dan hilir di setiap sungai kajian. Kaedah Partition Oravimetrik berpandukan APHA (1998) telah digunakan bagi menganalisis sampel air. Hasil keputusan makmal menunjukkan bahawa kepekatan minyak dan gris adalah tinggi di setiap hilir sungai berbanding dengan hulu sungai. Sungai Sembulan merupakan sungai yang paling teruk tercemar dengan bahan pencemar minyak dan gris di mana julat kepekatannya adalah di antara 2.67-74.33 mgl�¹, diikuti oleh Sungai Inanam (13.33-28.00 mgl�¹), Sungai Likas (4.00-6.00 mgl�¹) dan Sungai Kiulu (1.33- 11.67 mgl�¹).

Item Type: Academic Exercise
Keyword: Oil, Grease, River pollution, Kiulu river, Sembulan river, Inanam river, Likas river
Subjects: Q Science > QH Natural history > QH301-705.5 Biology (General) > QH540-549.5 Ecology
Department: SCHOOL > School of Science and Technology
Depositing User: ADMIN ADMIN
Date Deposited: 26 Jan 2012 16:54
Last Modified: 23 Oct 2017 08:26
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/3321

Actions (login required)

View Item View Item