Pengenalpastian pigmen di dalam dua spesies orkid Vanda yang dikultur pada keadaan cahaya yang berbeza dengan menggunakan mikroskop pendarflour ultraungu (uv).

Jury Tise Taunson (2006) Pengenalpastian pigmen di dalam dua spesies orkid Vanda yang dikultur pada keadaan cahaya yang berbeza dengan menggunakan mikroskop pendarflour ultraungu (uv). Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000000453.pdf

Download (2MB) | Preview

Abstract

Kajian ini dijalankan adalah bertujuan untuk mengenalpastikan pigmen terutamanya klorofil di dalam keadaan in vitro pada dua spesies orkid Vanda yang dikultur pada keadaan cahaya yang berbeza dengan menggunakan mikroskop pendarflour ultraungu (UV). Dua spesies orkid adalah Yanda helvola dan Yanda dearei. Pokok orkid ini masing-masing dikultur di dalam media Vacin & Went dengan 15% (v/v) air kelapa dan media Knudson C dengan 20% (v/v) air kelapa. Keadaan rawatan yang digunakan dalam kajian ini ialah dalam keadaan 24 jam cerah, 16 jam cerah dan 8 jam gelap (dalam kebuk pertumbuhan) dan dalam keadaan 12 jam cerah dan 12 jam gelap (normal) selama lebih kurang 2 bulan. Sumber lampu yang digunakan adalah lampu fluoresen 18 W. Semua kultur disimpan pada suhu bilik 25° ± 2°C. Pada setiap rawatan, sebanyak 20 pokok orkid dianalisis. Sebanyak 40 gambar yang diambil dan hanya 80 bilangan sel penuh yang diberi skor intensiti pada setiap sampel. Melalui tapak jalan penghasilan molekul pigmen dan kompoun aromatik, klon orkid elit yang berkualiti dapat dikenalpastikan. Keputusan menunjukkan klon Yanda dearei dikultur dalam keadaan cahaya 24 jam cerah, sampel yang memberikan skor intensiti yang agak rendah ialah sampel 18, 13 dan 15. Sampel 11, 13, 14 dan 20 memberikan nilai skor yang rendah apabila didedahkan pada 16 jam cerah dan 8 jam gelap. Sementara itu, dalam keadaan normal pula sampel 1,2,3, 12, 13 dan 14 memberikan nilai skor yang terendah. Manakala, pada Yanda helvola, sampel 7 dan 20 memberikan skor intensity pigmen yang rendah. Dalam keadaan, 16 jam cerah dan 8 jam gelap, sampel 5, 11 dan 14 memberikan skor yang rendah. Dalam keadaan normal, sampel 2 dan 12 memberikan skor intensiti pigmen yang rendah. Sampel-sampel ini mempunyai kebolehan untuk menghasilkan kompoun aroma yang tinggi. Kajian ini hanya memberikan maklumat tentang kandungan atau intensiti pigmen dalam setiap sampel di mana ia boleh diaplikasikan untuk memperolehi klon orkid yang baik. Kepastian kualiti orkid ini hanya boleh dilakukan melalui kaedah lain seperti kromatografi gas. Ia dapat mempertingkatkan ekonomi negara dalam industri minyak wangi dan makanan.

Item Type: Academic Exercise
Keyword: Orchid, Vanda, Vanda helvola, Vanda dearei, UV flurescence microscope, Perfumery, Food industry
Subjects: Q Science > QK Botany > QK1-989 Botany > QK474.8-495 Spermatophyta. Phanerogams > QK495 Angiosperms
Department: SCHOOL > School of Science and Technology
Depositing User: ADMIN ADMIN
Date Deposited: 17 Jan 2012 17:06
Last Modified: 23 Oct 2017 08:28
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/3326

Actions (login required)

View Item View Item