Afiq Zhofri Abdul Razak (2004) Kesan persilangan radar (radar cross section) terhadap sasaran-sasaran pasif. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)
|
Text
ae0000000456.pdf Download (2MB) | Preview |
Abstract
Penulisan ini membineangkan tentang kesan silang radar RCS) terhadap sasaran-sasaran pasif. Kajian ini bertujuan untuk menentukan kesan dan faktor-faktor yang mempengaruhi nilai silang radar terhadap sasaran-sasaran pasif. Sasaran-sasaran pasif yang digunakan dalam kajian ini terdiri daripada plat rata bersaiz besar, plat rata bersaiz kecil, silinder dan pembias sisi. Kajian ini dijalankan menggunakan sebuah sistem radar latihan Lab Volt. Analisis di lakukan melalui pengukuran perubahan voltan puncak ke puncak yang di terima pada sebuab osiloskop. Melalui pengujian yang dijalankan didapati nilai silang radar berkadar songsang dengan penambahan jarak sasaran dari antena penerima. Manakala penambahan frekuensi pada isyarat yang di pancarkan bekadar terus dengan nilai silang radar yang diperolehi. Bentuk dan saiz sesuatu sasaran turut memberikan kesan terhadap nilai silang radar yang diperolehi. Berdasarkan keputusan yang diperolehi, didapati kesan silang radar terhadap sasaran-sasaran pasif di pengaruhi oleh tiga faktor iaitu perubahan jarak, frekuensi, bentuk dan saiz sasaran.
Item Type: | Academic Exercise |
---|---|
Keyword: | Radar cross section, Large flat plate, Small flat plate, Cylinder and corner reflector |
Subjects: | T Technology > TK Electrical engineering. Electronics Nuclear engineering > TK1-9971 Electrical engineering. Electronics. Nuclear engineering > TK5101-6720 Telecommunication Including telegraphy, telephone, radio, radar, television |
Department: | SCHOOL > School of Science and Technology |
Depositing User: | ADMIN ADMIN |
Date Deposited: | 17 Jan 2012 15:31 |
Last Modified: | 23 Oct 2017 08:29 |
URI: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/3329 |
Actions (login required)
![]() |
View Item |