Kajian penyaringan fitokimia dan aktiviti biologi ke atas Rhododendron

Wu, Fei Chin (2005) Kajian penyaringan fitokimia dan aktiviti biologi ke atas Rhododendron. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000000460.pdf

Download (2MB) | Preview

Abstract

Kajian ini dijalankan untuk menguji kehadiran fitokimia dan aktiviti biologi ke atas 12 spesis Rhododendron. Spesis ini adalah tumbuhan daripada famili Ericaceae yang boleh diperolehi di Taman Sabah sekitar kawasan Gunung Kinabalu. Sebanyak 12 spesis tumbuhan ini dikutip di pergunungan Kinabalu. Seterusnya, bagi setiap spesis bahagian daun, batang, bunga dan akar diasingkan dan di ekstrak dengan pelarut aseton, metanol dan air suling. Hasil ekstrak digunakan untuk penyaringan kehadiran antrakuinon bagi ujian fitokimia dan penyaringan alelopati, perencatan protein fosfatases jenis 1 (PPI) bagi ujian aktiviti biologi. Hasil kajian menunjukkan ekstrak MB2, MC2, MD3, MB4, MB6, MC7, MB12 dan MCI2 memberikan keputusan positif dalam ujian borntrager iaitu terdapat kehadiran antrakuinon bebas. Bagi ujian penentuan antrakuinon yang terikat kepada c-glikosida, hanya Rhododendron polyanthenum (daun), Rhododendron polyanthenum (batang), Rhododendron buxifolium (daun), Rhododendron maxwelii (daun) dan Rhododendron praetervisum (daun) yang memberikan keputusan positif. Ujian aktiviti biologi iaitu kajian alelopati menunjukkan ekstrak metanol secara keseluruhannya merangsang pemanjangan batang bayam dan sawi. Sebaliknya merencat panjang akar bayam dan sawi. Ujian ini mendapati bahawa MA7 merupakan perencat yang baik kerana dapat merencat akar dan batang bagi kedua-dua sawi dan bayam iaitu langsung tidak ada pertumbuhan. Tidak ada aktiviti perencatan dengan menggunakan 40µl bagi ketiga-tiga ekstrak dalam ujian penyaringan PPI. Tetapi hanya MA1 yang mempunyai aktiviti pada isipadu 200µl iaitu terdapat perencatan pertumbuhan yis mutan (PAY700-4) pada media VPD+sorbitol, 37°c. Ini menunjukkan MAl bukan perencat PP1 tatapi merencat protein lain dalam transduksi isyarat yang sarna iaitu BCK1 dan MPK1.

Item Type: Academic Exercise
Keyword: Rhododendron, Family of Ericaceae, Sabah Park, Mount Kinabalu, Leaf, Stem, Flowers, Roots, Acetone, Methanol, Distilled water
Subjects: Q Science > QK Botany > QK1-989 Botany > QK710-899 Plant physiology
Department: SCHOOL > School of Science and Technology
Depositing User: ADMIN ADMIN
Date Deposited: 17 Jan 2012 14:37
Last Modified: 23 Oct 2017 08:31
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/3334

Actions (login required)

View Item View Item