Unsur kearifan tempatan dalam adat kematian masyarakat Bajau di Sabah: analisis dari perspektif hukum Islam

Syamsul Azizul Marinsah and Mohd Nur Hidayat Hasbollah Hajimin and Mohd Anuar Ramli (2019) Unsur kearifan tempatan dalam adat kematian masyarakat Bajau di Sabah: analisis dari perspektif hukum Islam. MANU, 29. pp. 51-69. ISSN 1511-1989 (P-ISSN) , 2590-4086 (E-ISSN)

[img] Text
Unsur kearifan tempatan dalam adat kematian masyarakat Bajau di Sabah.pdf
Restricted to Registered users only

Download (361kB)
[img] Text
Unsur kearifan tempatan dalam adat kematian masyarakat Bajau di Sabah _ABSTRACT.pdf

Download (59kB)

Abstract

Setiap masyarakat mempunyai kebudayaan tersendiri hasil interaksi dengan pelbagai tamadun dan agama, yang bersinergi dengan berbagai unsur sinkretisme. Hasil daripada campur tangan golongan cerdik pandai tempatan yang mengadunkan antara budaya tradisi dan syariat Islam, telah mencetuskan berbagai corak keilmuan dan kearifan tempatan. Kearifan tempatan dapat dikonsepkan sebagai pengetahuan unik yang didapati dalam sebuah masyarakat yang dikemukakan oleh masyarakat tradisional melalui pengalaman dan integrasi dengan lingkungan persekitaran. Dalam disiplin ilmu Syariah, kearifan tempatan mempunyai signifikan yang tersendiri dalam proses pembinaan hukum Islam. Pengambilkiraan kearifan tempatan ini sangat penting kerana ia mampu mempengaruhi pembinaan hukum Islam berlatarkan realiti masyarakat setempat. Justeru, objektif kajian ini cuba menganalisis kewujudan kearifan tempatan masyarakat Bajau di Sabah khususnya dalam adat kematian mereka menurut perspektif Islam. Hal ini perlu bagi memastikan keseimbangan di antara idealisme yang terkandung dalam hukum adat kematian dalam Islam dengan realiti perlaksanaannya dalam masyarakat Bajau. Sehubungan itu, kajian ini merupakan kajian kualitatif yang menggunakan metode pengumpulan data melalui kaedah temu bual, observasi dan analisis dokumen. Hasil kajian mendapati, dalam adat kematian Bajau di Sabah, terdapat banyak tokok tambah hasil daripada pengalaman dan pengaruh masyarakat setempat Bajau. Unsur tokok tambah ini perlu dianalisis, sama ada ia termasuk dalam ‘urf fasid kerana adanya unsur bid’ah dan khurafat ataupun ia termasuk dalam ‘urf sahih kerana pengambilkiraan kearifan tempatan tersebut tidak menjejaskan proses pembinaan hukum Islam.

Item Type: Article
Keyword: Kearifan tempatan , Bajau , Adat kematian , Sabah , Hukum Islam
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > BP1-610 Islam. Bahai Faith. Theosophy, etc. > BP1-253 Islam
H Social Sciences > HM Sociology (General) > HM(1)-1281 Sociology > HM621-656 Culture
Department: FACULTY > Faculty of Islamic Studies
Depositing User: SAFRUDIN BIN DARUN -
Date Deposited: 19 Jul 2022 12:08
Last Modified: 19 Jul 2022 12:08
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/33367

Actions (login required)

View Item View Item