Pendekatan sosiologi hukum Islam dalam kajian Usul al-Fiqh Gunaan: aplikasi terhadap budaya tradisi masyarakat Bajau Semporna

Syamsul Azizul Marinsah and Mohd Anuar Ramli (2018) Pendekatan sosiologi hukum Islam dalam kajian Usul al-Fiqh Gunaan: aplikasi terhadap budaya tradisi masyarakat Bajau Semporna. Jurnal Kemanusiaan, 16. pp. 13-19. ISSN 2660-755X

[img] Text
Pendekatan sosiologi hukum Islam dalam kajian Usul al-Fiqh Gunaan.pdf
Restricted to Registered users only

Download (603kB) | Request a copy
[img] Text
Pendekatan sosiologi hukum Islam dalam kajian Usul al-Fiqh Gunaan _ABSTRACT.pdf

Download (61kB)

Abstract

Hukum Islam merupakan panduan hidup yang dinamik lagi komprehensif. Ia mampu menyediakan formula penyelesaian yang kompeten terhadap isu-isu yang timbul dalam masyarakat Islam, sama ada melibatkan isu klasik dalam amalan tradisi masyarakat mahupun isu baharu yang lahir dampak kemajuan sains dan teknologi semasa. Objektif kajian ini cuba membincangkan tentang kaedah penyelidikan hukum Islam yang bersifat bersepadu dalam disiplin kajian Usul al-Fiqh Gunaan (Applied Principles of Islamic Jurisprudence). Ia memfokuskan metode sosiologi hukum Islam yang diguna pakai bagi memastikan keseimbangan di antara idealisme yang terkandung dalam hukum Islam dengan realiti perlaksanaannya di dalam masyarakat Islam. Untuk itu, pendekatan ini akan diterapkan dalam meneliti fenomena sosial dalam kehidupan masyarakat Bajau di Semporna, Sabah khususnya dalam aspek amalan tradisi mereka, iaitu kepercayaan kepada tulah dan amalan magombo’. Sehubungan itu, kajian ini merupakan kajian kualitatif yang menggunakan metode pengumpulan data melalui kaedah temu bual, observasi dan analisis dokumen. Hasil kajian mendapati, terdapat gejala sinkretisme dalam adat tradisi Bajau tersebut yang mana ia bertentangan dengan syariat Islam. Justeru, metode sosiologi hukum Islam yang diaplikasikan dapat memberikan jawapan tuntas berhubung dengan amalan yang berlaku dalam masyarakat Islam.

Item Type: Article
Keyword: Usul al-fiqh gunaan , Sosiologi hukum Islam , Sinkretisme , Bajau , Semporna
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > BP1-610 Islam. Bahai Faith. Theosophy, etc. > BP1-253 Islam
H Social Sciences > HM Sociology (General) > HM(1)-1281 Sociology > HM621-656 Culture
Department: FACULTY > Faculty of Islamic Studies
Depositing User: SAFRUDIN BIN DARUN -
Date Deposited: 20 Jul 2022 12:03
Last Modified: 20 Jul 2022 12:03
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/33373

Actions (login required)

View Item View Item